eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Isnin, 19 November 2012

Sistem Dajjal, Umur Umat Islam, Bila Imam Mahdi keluar dan Perang Akhir Zaman

 
 
Apa itu sistem Dajjal?
Sistem Dajjal adalah sistem kepalsuan, seperti yang berlaku sekarang ini. Orang menyebutnya The New World Order, meskipun kenyataannya malah tidak ada susunan. Yang disebut pejuang hak asasi manusia tetapi yang sebenarnya adalah pengganas. Sedangkan mereka yang dituduh pengganas justeru sebenarnya orang yang mulia di hadapan Allah.

Apakah sistem Dajjal itu adalah aturan kehidupan yang kini atur AS?

Ya. Itu tercermin dalam lembaran wang satu dollar AS. Bahagian depan itu bergambar Presiden AS pertama, George Washington, dan bahagian belakangnya bergambar piramid yang terpotong. Letak gambar piramid ada di belakang, sebagai isyarat bahawa di belakang AS ada kekuatan lain. Pada piramid tersebut ada segitiga bergambar mata satu. Di atasnya ada tulisan "annuis coeptis" (semoga dia senang dengan projek ini). "Dia" yang dimaksudkan adalah Si Mata Satu. Di bawahnya ada tulisan "Novus Ordo Seclorum" ( perintah dunia baru). Ertinya, umat seluruh dunia diharapkan masuk projek perintah dunia baru dan menerima kepimpinan Si Mata Satu. Orang yang familiar dengan hadis-hadis Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam akan paham bahawa yang dimaksudkan Si Mata Satu adalah Dajjal.
Bila Dajjal akan muncul?
Dajjal sudah ada sejak zaman Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis sahih yang panjang yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fatimah binti Qais.
Ada seorang pengembara Nasrani yang terdampar di suatu pantai. Ia turun dari kapalnya dan kemudian bertemu binatang aneh. Binantang itu menghantarkannya ke sebuah biara. Di biara tersebut ada seorang lelaki terpasung. Dia bertanya, "Apakah Sungai Tiberia sudah kering? Apakah muncul seorang lelaki yang bernama Muhammad yang disebut sebagai nabi akhir zaman? Apakah lelaki itu sudah diusir oleh penduduk di negaranya sendiri? "

Pengembara Nasrani itu penasaran. Dia kemudian menelusuri jazirah Arab untuk mencari lelaki yang dimaksudkan. Dia kemudian bertemu Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Dia bertanya pada beliau, "Siapa orang yang dipasung itu?" Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam menyatakan bahawa lelaki itu adalah Dajjal. Namun Dajjal tidak akan muncul sebelum Imam Mahdi keluar.
Bila Imam Mahdi keluar?
 
 
Menurut Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, salah satu tandanya adalah kematian atau pembunuhan seorang khalifah. Namun sekarang sudah tidak ada khalifah. Menurut saya, khalifah yang dimaksudkan adalah seorang pemimpin negeri Muslim yang sangat nyata. Amin Muhammad Jamaluddin, seorang penulis asal Mesir yang menulis buku "Umur Umat Islam", menafsirkannya sebagai pemimpin Kerajaan Arab Saudi. Kalau memang benar seperti itu, bererti sudah dekat.
Menurut hadis tersebut, kelak Al-Mahdi akan muncul lalu di-baiat oleh sekumpulan pemuda di Kaabah. Penguasa semenanjung Arab akan terus menghantar pasukan untuk menangkap para pemuda itu. Tetapi pasukan itu akan dibenamkan ke bumi oleh Allah, kecuali dua orang saja.
Dua orang tersebut sengaja diselamatkan agar mereka boleh menceritakan kepada awam bahawa rakan-rakan mereka telah tenggelam ditelan Bumi. Begitu khabar ini tersiar, semua Mukmin yang faham hadis-hadis sahih tentang kemunculan Al-Mahdi akan sedar bahawa Imam Mahdi telah muncul. Mereka akan berbondong-bondong untuk ber-baiat.
Bagaimana bila dihubungkan dengan umur umat Islam?
Menurut Amin Muhammad Jamaluddin, ketika dia menafsirkan beberapa hadis mengenai umur umat Yahudi, Kristian, dan Islam, diisyaratkan bahawa umur umat Islam ialah 1500 tahun. Sekarang sudah 1424 Hijriah [tulisan ini dibuat pada 2003], jadi tinggal 76 tahun lagi. Itu belum dipotong waktu perjuangan Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam ketika di Mekah, yang memakan masa 13 tahun. Jadi umur ummat Islam tinggal sekitar 63 tahun. [Bererti sekarang tinggal sekitar 54 tahun]
Bila masa kekhalifahan di akhir zaman yang menurut hadis akan berlangsung selama 40 tahun terjadi pada masa damai, maka huru-hara besar itu akan terjadi dalam kurun waktu kurang dari 23 tahun ke depan ini [sekarang bererti kurang dari 14 tahun ke depan]. Kemunculan khilafah akan didahului oleh terjadinya huru-hara dan kaum Muslim akan di bawah pimpinan Imam Mahdi.
Kemunculan Imam Mahdi juga akan ditandai dengan munculnya komet. Menurut yang saya tahu dari para astronomi, komet akan muncul pada 2022. Jadi kalau saat itu Imam Mahdi muncul, maka perhitungan itu menjadi sangat mungkin. Atau boleh jadi kemunculan Imam Mahdi justeru akan lebih cepat dari itu.
Apa ciri-ciri khusus Imam Mahdi?
Menurut Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, namanya seperti nama Rasulullah shallallaahu' alaihi wasallam dan nama ayahnya pun sama dengan nama ayah Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam. Bicaranya kurang lancar, sehingga kalau bicara harus menepuk pahanya dulu. Apakah itu bererti dia gagap? Wallahu'alam.
Berapa usia Imam Mahdi ketika muncul?
Usia Imam Mahdi adalah seusia ketika Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam pertama kali berperang. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam pertama kali berperang di Perang Badar di usia 55 tahun.
Apakah itu bererti sebenarnya Imam Mahdi sudah ada?
Ya, sudah ada, tapi oleh Allah belum dimunculkan. Sekarang kita tidak tahu Imam Mahdi itu siapa. Dan hal itu bukan hal aneh, kerana memang ia akan muncul mendadak.
Bukankah sudah ada beberapa orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi?
Tidak boleh. Imam Mahdi di-baiat oleh 313 pemuda di Kaabah. Jumlah itu sama dengan jumlah pasukan ketika Perang Badar. Baiatnya terbuka meskipun sebenarnya Imam Mahdi enggan dijadikan pemimpin. Bila ada yang mengaku-ngaku Imam Mahdi, maka itu adalah penipuan.
 
 
Mengikut sejarahnya persoalan Al Mahdi ini memang telah wujud semenjak zaman Rasulullah saw lagi, baginda sendiri juga pernah banyak meriwayatkan banyak hadis tentang kewujudan Iman Mahdi diakhir zaman selain daripada kebangkitan Dajjal dan juga kedatangan Nabi Isa alaihisalam. Antara hadis yang mahsyur pernah di sampaikanya mengenai Imam Mahdi adalah :

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya buni dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis”. Hadith riwayat At-Tabarani.

Di antara tanda-tanda besar Qiamat ialah munculnya Imam Mahdi yang akan memerintah dunia ini dengan keadilan ketika dunia dicengkam oleh kejahatan kerana turunnya Dajjal. Walau bagaimanapun terdapat setengah-tengah pihak yang mempertikaikan kemunculan Imam Mahdi. Mereka berpendapat ia adalah perkara dongeng yang sengaja dicipta oleh orang-orang Yahudi dan Syiah.

Ceritanya yang saya nak sampaikan ini sebenarnya bermula selepas 45 tahun kewafatan nabi Muhammad saw iaitu apabila tercatat sejarah besar dalam Islam ketika itu mengenai peristiwa berdarah Karbala di mana kita sendiri pernah mendengar atau membacanya. Sayidina Husain telah terbunuh bersama anggota keluarganya akibat kekejaman tentera Yazid bin Muawiyah yang dikepalai oleh Ubaidullah bin Ziyad di dalam peristiwa itu.

Perjalanan Saidina Hussin dari Mekkah Menuju Ke Kufah tetapi terhenti di Karbala kerana diserang oleh tentera Yazid.

Disini saya ingin menceritakan sedikit siapakah dia saydina hussain dan kaitannya dengan kisah imam mahdi ini, saya fikir semua orang islam mengenali siapakan beliau tentunya cucu Rasulullah saw selain dari saidina Hassan yang paling disayanginya. Mereka berdua adalah anak kepada hulubalang Islam yang tersohor siapa lagi kalau bukan Saidina Ali dan Ibu beliau adalah Saiditina Fatimah Az-Zahra anak perempuan Rasullah dan Siti Khadijah.

Di pendekkan cerita saidina hussein dalam perjalan ke Kufah dan keluarganya serta beberapa orang pengikut yang lain telah dikepung oleh tentera Bani Umayah atas arahan pemerintah ketika itu iaitu Yazid bin Muawiyah (Yazid I) di suatu kawasan padang pasir yang bernama Karbala. Disana mereka telah dikepung selama beberapa hari sehinggakan saidina hussain kehabisan bekalan makanan. Di dalam peristiwa itu juga Yazid telah memberi peringatan kepada tenteranya supaya jangan memberi atau membantu saidina hussain dengan memberi makanan walaupun dengan seteguk air sekalipun, ini kerana katanya sekiranya ia dapat minum walaupun setitis air pastinya awak semua tidak bisa mengalahinya maklumlah anak hulubalang terkenal tentu hebat seperti ayahnya. Selepas beberapa hari barulah tentera Yazid memberanikan diri untuk mendekati saidina Hussain yang kelemahan untuk mempertahankan diri dan keluarganya.

Di saat itulah berlaku perbalahan antara tentera Yazid siapakah yang berani berdepan dengan saidina Hussain kerana Yazid telah memerintahkan hukum bunuh kepada saidina Hussain dan kepalanya mesti dipersembahankan dihadapan Yazid di Damsyik sebagai bukti saidina Hussain telah dihukum bunuh. Semua tentera Yazid gentar untuk menjalankan perintah Yazid kerana sememangnya saidina hussain amat gagah perkasa seperti ayahnya dan juga kerana mengenangkan beliau adalah cucu junjungan besar nabi Muhammad saw. Akhirnya salah seorang tentera Yazid yang bernama Muawiyah bin Abi Suffian telah memberanikan diri menghampiri dan memenggal kepala saidina Hussain. Di riwayatkan sebelum kepalanya dipenggal, saidina hussain sempat berteriak memanggil abangnya saidina hassan yang ketika itu jauh berada di kota Mekah, tetapi dengan izin Allah saidina Hassan dapat mendengarnya lantas dia mula merasakan bahawa adik saidina hussain dalam kesusahan atau kemalangan. Tanpa berfikir panjang saidina hassan telah membawa bersamanya pedang peninggalan arwah ayahnya saidina Ali dimana mengikut sirahnya saidina Ali sebenarnya memiliki dua pedang sakti iaitu salah satunya adalah hadiah dari Rasulullah sendiri. Mengikut riwayatnya sebelum saidina Ali meninggal dunia beliau sempat memberi amanat kepada kedua anaknya iaitu saidana hussain dan hassan supaya mencampakkan kedua-dua pedang tersebut ke dalam laut merah tetapi apa yang berlaku hanya satu pedang saja yang dicampaknya manakala yang satu lagi pedang pemberian Rasulullah iaitu datuknya disimpan kerana mereka terlalu sayangkanya kerana itulah satu-satu harta peninggalan arwah ayahnya dan baginda. Pedang yang bernama Dzulfikar atau Dhu al-Faqar itu di bawa oleh saidina hassan bersama dengan seekor kuda peninggalan saidina ali yang menjadi tunggangannya ketika berperang di zaman Rasullulah. Diriwayatkan kuda saidina Ali yang ditungang oleh anaknya saidina hassan bergerak sepantas kilat seperti kakinya tidak mencecah ke bumi.

Apabila saidina hassan sampai sahaja di karbala di dapatinya adiknya saidina hussain serta keluarga telah dibunuh oleh tentera Yazid. Apabila melihat kekejaman tentera Yazid yang menyepak dan menendang kepala adiknya saidina hussain yang kepalanya telah terpenggal, saidina hassan telah mengamuk dan membunuh hampir semua tentera Yazid di situ dengan hanya menggunakan pedang ayahnya itu. Diriwayatkan bahawa pedang saidina Ali tersebut tidak bermata tetapi apabila dihayun atau dipukul maka saujana mata memandang semua yang ada di depannya akan mati terkena pukulan pedang yang maha hebat itu. Apabila Allah melihat ramai yang telah terkorban dan apabila bumi karbala bermandikan darah dan juga dek kerana begitu ramai yang terbunuh dengan amokan saidana hassan maka Allah telah memerintahkan Malaikat untuk turun ke bumi dan membawa saidina hassan keluar dari medan pertempuran yang maha hebat itu dan disembunyikan kesebuah kawasan gua yang tiada siapa dapat melihatnya. Hikmah dari kejadian itu mungkin Allah ingin memberi bukti kepada umat Islam bahawa kejadian Karbala itu benar-benar berlaku kerana selepas kejadian itu ada tentera Yazid datang membawa kepala saidina hussain untuk di persembahkan kepadanya, pada mula Yazid begitu gembira dengan kejayaan itu namun selepas itu dia menangis kerana mengenangkan kepala yang dipersembahkan kepadanya itu adalah kepala cucu kepada baginda Rasullulah saw.

Kesimpulan dari cerita ini adalah dimanakah perginya saidina hassan ? diamanakah ia disembunyikan ?. Ada yang meriwayatkan saidina hassan bakal muncul dan keluar dari tempat persembunyianya di satu hari nanti sebagai Imam Mahdi kerana beliaulah waris Rasulullah yang masih tinggal dan bakal memerangi tentera Dajjal di akhir zaman nanti. Logiknya saidina hassan disembunyikan bersama dengan pedang Dhu al-Faqar dan kuda saidina ali yang maha hebat itu, mungkin pedang itulah yang bakal membunuh Dajjal sebagai mana sabda Rasulullah saw :

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:

“Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia dalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti

Menurut riwayat yang sah Al-Mahdi adalah dari keturunan Sayidina Hassan bin Ali. Sesungguhnya telah tsabit bahawa Al-Mahdi adalah keturunan Hassan bin Ali sebagaimana yang tersebut di dalam hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam Sunannya,

“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah sayid sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”
Hadits ini telah disahkan oleh para ulama di antaranya Al-Manawi di dalam kitabnya Al-Kabir, Ibnu Atsir dalam kitabnya An-Nihayah, Ibnu Qayyim Al Jauziyah dalan kitabnya Gharibul Hadits dan Al-Manarul Munif Fi Sahihi Wad Dha’if, Al-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS dan lain-lain lagi.

Abu Thahir Muhd Syamsul Haq dalam kitabnya ‘Aunal Ma’bud (syarah Sunan Abu Daud), memetik kenyataan Al Hafiz Imanuddin yangmenyebut bahawa hadits-hadits mengenai Al-Mahdi menunjukkan bahawa Ia dari ahli bait Rasulullah SAW, zuriat Fatimah dan anaknya Hassan bin Ali. (sila rujuk kitab ‘Aunal Ma’bud juzu’ II m.s 374 dan 382)

Di dalam riwayat yang lain :

“Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.”

Pedang Yang Dipercayai Dhu al-Faqar (Dzulfaqr) yang di simpan di Muzium Cairo Arab Saudi

Sehingga kini belum dapat kepastian yang tepat di manakah makam saidina hassan kalaulah benar-benar ia telah meninggal dan pekara yang sama juga berlaku kepada keseluruhan keluarga saidina Ali yang lain iaitu saidina Hussein jasadnya dikatakan tak langsung dikebumikan manakalan ibunya saiditina Fatimah Az-Zahrah juga tidak diketahui dimana makamnya. Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, tetapi beliau bukanlah calang-calang manusia kerana kehebatannya mungkin sehebat ayahnya hulubalang agung saidina Ali ra.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT tunjukkan kebenaran itu kepada kita. Jangan sampai kita menjadi penentang yang tidak dapat menerima maka sikap tawakuf ( tidak menyetujui dan tidak menolak, melainkan menunggu dan terus mempelajari) adalah lebih baik. Lebih selamat bila kita tidak menyanggahnya, sebab siapa yang menyanggah kebenaran dari Allah akan terhina di dunia dan akhirat.
 
Apakah kelak Imam Mahdi akan memimpin kekhalifahan Islam?
Ya. Sebelum itu ia akan memimpin beberapa peperangan untuk meruntuhkan The New World Order ini. Perang meruntuhkan maalikan jabariyan ini bertujuan untuk mewujudkan The Next World Order.
Bagaimana dengan perang Akhir zaman?
Ada empat perang besar. Pertama, perang melawan penguasa semenanjung Arab. Kaum Muslim menang. Kedua adalah perang melawan penguasa zalim parsi, Muslim juga menang. Perang selanjutnya adalah melawan Rome atau Eropah, dan menang juga. Ke empat adalah perang melawan Dajjal dan 70,000 tentera Yahudi.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email