eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Isnin, 12 November 2012

Kenali Siapa Pengikut Imam Mahdi

 




Pemegang bendera beliau (Hazrat Mahdi a.s.) AKAN MERUPAKAN SEORANG YANG MUDA daripada keturunan Tamimi daripada Timur.
(Al-Qawl al-Mukhtasar , fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 26).

SEBAHAGIAN DARIPADA PENGIKUT-PENGIKUT MUDA IMAM MAHDI (A.S.) AKAN MENJAUHKAN DAN MEMISAHKAN DIRI DARIPADA KELUARGA-KELUARGA MEREKA YANG TERPERANGKAP DALAM TIPU DAYA DAJJAL AKIBAT DARIPADA TEKANAN DAN ANCAMAN YANG MENIMPA KE ATAS MEREKA

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka. Para pemuda ini akan mencintai Hazrat Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di Akhir Masa diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.

Para pemuda ini akan menerima pelbagai jenis ujian yang pernah menimpa orang-orang Islam yang lain sepanjang lembaran sejarah, seperti mana yang disebutkan dalam ayat ini: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? (Al-Baqarah: 214). Maka oleh kerana itu, terdapat persamaan antara contoh-contoh yang disebut dalam al-Qur’an dan perkara-perkara yang menimpa sesetengah pengikut Hazrat Imam Mahdi (a.s.)

TELAH DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADITH BAHAWA PARA PENGIKUT IMAM MAHDI (A.S.) AKAN TIDAK MEMPUNYAI KAWAN SELAIN ANTARA MEREKA, SEHINGGAKAN JIKA MEREKA SESAT, TIDAK AKAN ADA SIAPA MENCARI MEREKA. INI MENUNJUKKAN PANDANGAN NEGATIF MASYARAKAT YANG TINGGAL BERSAMA MEREKA, KELUARGA MEREKA, DAN SAUDARA MEREKA TERHADAP MEREKA:

Dia berkata: Carilah mereka di penghujung dunia. Kehidupan mereka adalah sederhana, rumah mereka di belakang mereka, jika mereka hadir mereka tidak akan dikenali, JIKA MEREKA SESAT JALAN, TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENCARI MEREKA, JIKA MEREKA SAKIT TIDAK ADA SIAPA AKAN MELAWAT MEREKA, jika mereka ingin berkahwin, tidak ada siapa akan menerima lamaran mereka. SEKIRANYA MEREKA MATI, TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN HADIR PENGEBUMIAN MEREKA. Mereka berkongsi harta benda mereka sama rata antara mereka dan melawat kubur masing-masing; impian mereka adalah sama, walaupun mereka tinggal di bandar yang berlainan.
(Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 23).

HADITH MENUNJUKKAN BAHAWA PARA PENOLONG HAZRAT MAHDI (A.S.) SEDIKIT BILANGANNYA SEPERTI PARA PENGIKUT NABI MUSA (A.S.) DAN PEMUDA AL-KAHFI.

Hukaym Ibn S’ad berkata: Saya mendengar panglima mereka yang beriman Ali (r.a) berkata: MASYARAKAT QAIM [HAZRAT MAHDI (A.S.)] ADALAH MUDA, DAN TIADA YANG TUA ANTARA MEREKA. Bilangan mereka sedikit seperti kohl di mata atau garam dalam makanan. Dan garam adalah sesuatu yang paling kecil dalam makanan.
(Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 374).

Hadith-hadith lain menunjukkan akan terdapat orang muda (orang muda di sini bukan bermaksud belia 30 tahun yang sudah menginginkan status quo dan sesuatu yang ‘praktikal’ untuk memuaskan keluarga, anak-anak dan isteri ‘tercinta’. Ini kerana seperti yang tersebut di atas, sekiranya mereka ingin melamar seseorang, maka lamarannya akan ditolak, menunjukkan mereka muda remaja bukan ‘remaja’ tua – pendapat malakian) yang akan berada di sekeliling Hazrat Mahdi (a.s.):

Hazrat Mahdi (a.s.) adalah SEORANG YANG MUDA daripada Ahl al-Bayt (daripada keturunanku (Rasulullah)). GOLONGAN TUA DI ANTARA KAMU TIDAK AKAN MENEMUINYA, TETAPI GOLONGAN MUDA AKAN BERHARAP UNTUK MENEMUINYA. Allah akan melakukan sebagaimana yang dikehendaki-Nya.
(Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir Zaman, p. 23)

Bendera Imam Mahdi akan dipegang oleh seorang ORANG MUDA yang KECIL dengan janggut yang sedikit dan berwarna kuning. (Janggut yang sedikit dan berwarna kuning menunjukkan dia sangat muda, bukan berjanggut putih yang menunjukkan usia yang sudah lanjut – pendapat malakian).
(Al-Qawl al-Mukhtasar, fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 51)


DI DALAM AL-QUR’AN, ALLAH MERUJUK KEPADA ORANG ISLAM YANG MENINGGALKAN KELUARGA-KELUARGA MEREKA ATAU MASYARAKAT YANG TINGGAL BERSAMA MEREKA KERANA TEKANAN DAN PENINDASAN YANG DIHADAPI MEREKA, SEPERTI:

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Surah al-Kahfi: 10)

Dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya.” (Surah al-Kahfi, 19-20).

ORANG MUDA YANG BERIMAN DENGAN NABI MUSA (A.S.):

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. (Surah Yunus: 83).

NABI IBRAHIM (A.S) YANG MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA BAPANYA:

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa".
Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.
Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (Maryam, 46-48).

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.(Al-Tawba: 114).

NABI NUH (A.S.) MENGASINGKAN DIRI DARIPADA ANAKNYA:

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.”
Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". (Hud: 45-46)

NABI NUH (A.S.) DAN LUT (A.S.) MENGASINGKAN DIRI MEREKA DARIPADA ISTERI-ISTERI MEREKA:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam).” (Al-Tahrim: 10)

Sebagaimana yang kita lihat pada ayat-ayat al-Qur’an di atas, sekiranya orang-orang yang beriman dengan Allah dan ingin hidup dalam keredhaanNya, akan menerima tekanan dan penindasan daripada keluarga mereka dan masyarakat di sekeliling mereka, dan mereka akan meninggalkan keluarga dan masyarakat dan hidup berdasarkan nilai moral dalam Islam, dalam keadaan aman dan selamat dengan orang beriman yang lain. Allah memuji sifat ini dalam al-Qur’an.

SEBAHAGIAN SAHABAT NABI DI ZAMAN NABI KITA MUHAMMAD (S.A.W.) DITIMPA TEKANAN YANG BERAT DARIPADA KELUARGA MEREKA , DIPENJARA DAN DIZALIMI, SEMATA-MATA KERANA BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HIDUP BERDASARKAN NILAI MORAL AL-QUR’AN:

Ummu Gulthum Bin Ukda terpaksa hidup bersama penyembah berhala di Mekah selama tujuh tahun kerana tekanan keluarganya. Sejak dia berbai’ah dengan Rasulullah, dia, seperti orang Islam yang lain menerima pelbagai kezaliman dan tekanan. Dia terdedah kepada tekanan dan kezaliman terutama daripada ayahnya dan penyembah berhala yang lain agar dia meninggalkan nilai moral Islam. Walau bagaimanapun, dia merupakan contoh kepada orang Islam yang lain DENGAN MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN PERGI BERHIJRAH SEORANG DIRI.

Mus’ab Ibn Umayr (r.a.) tetap mengunjungi Rasulullah secara rahsia, menyembunyikan keimanannya daripada keluarga dan rakan-rakannya. Tatkala keluarganya mengetahui dia secara rahsia menunaikan solat, beliau ditahan dan dipenjarakan oleh saudara-maranya sendiri, dan apabila terbuka peluang untuk berhijrah ke Ethiopia, DIA MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN BERHIJRAH KE ETHIOPIA dengan kumpulan utama agar dapat hidup berdasarkan nilai moral Islam.

Hazrat Salama merupakan sahabat Nabi yang telah lama menerima perlakuan buruk daripada keluarganya kerana beriman kepada Allah. Walaupun beliau abangnya Harith beriman dan mengikuti Rasulullah (S.A.W), adik-beradiknya yang lain, Abu Jahl, As dan Khalid tidak menerima nilai moral agama yang diturukan oleh Allah dan menjadi musuh kepada terhadap adaik-beradiknya yang beriman. Salama diseksa dalam jangka masa yang lama oleh mereka yang dekat dengannya. Oleh kerana adik-beradiknya mencuba sedaya upaya untuk memaksa Salama meninggalkan nilai moral Islam, DIA BERHIJRAH KE ETHIOPIA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN HIDUPNYA DAN DAPAT HIDUP MENGAMALKAN NILAI MORAL ISLAM SECARA BEBAS.

JELAS BAHAWA DALAM HADITH NABI MUHAMMAD (S.A.W) BAHAWA RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA-MARA SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG BERSAMA HAZRAT MAHDI (A.S.) DI PENGHUJUNG MASA, DI TATKALA KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH DAJJAL SAMPAI KE KEMUNCAKNYA, MEREKA (SAUDARA-MARA ORANG MUDA PENGIKUT HAZRAT MAHDI) AKAN MEMUJUK MEREKA UNTUK MENGIKUT JALAN DAJJAL.

Adalah jelas bahawa sebahagian pengikut Hazrat Mahdi (a.s.) yang menerima tekanan akan bersikap sama terhadap orang-orang beriman yang lain:

Sebahagian kerosakan yang dibawa oleh Dajjal ialah ia akan berkata kepada seorang Badwi: “Adakah kamu akan percaya bahawa saya adalah Tuhanmu sekiranya saya menghidupkan kembali ibu dan ayahmu? Badwi itu berkata: “Ya.” Dua syaitan akan menjelma menyerupai rupa paras ibu dan ayahnya dan akan berkata: “WAHAI ANAKKU, IKUTILAH DIA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH TUHANMU.” (Hadith riwayat al-Tirmidhi.)

DALAM AL-QUR’AN, ALLAH MEMERINTAHKAN MANUSIA AGAR TIDAK BERSAMA TETAPI MENINGGALKAN MEREKA YANG INGIN MEMESONGKAN MEREKA DARIPADA JALANNYA, WALAUPUN MEREKA ITU ADALAH IBU, AYAH, ANAK-ANAK DAN ADIK-BERADIK.

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Ankabut:8)

Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Taubah: 23)

Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Taghabun: 14)

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. (Al-Mujadalah: 22)

Sebagaimana yang dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith tersebut, SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG HIDUP DI ZAMAN HAZRAT MAHDI (A.S.) DAN MENGIKUTI PETUNJUK YANG BERGUNA INI UNTUK KESELAMATAN, akan menderita daripada perlakuan keluarga mereka, yang berada di bawah kawalan Dajjal, sebagaimana yang menimpa orang yang beriman di masa lalu, mereka (orang muda ini) akan memilih untuk “MENINGGALKAN DAN MEMISAHKAN DIRI” seperti yang diwahyukan Allah dalam al-Qur’an.


Allahua'lam..

Sumber: Harun Yahya

PESANAN

Kepada remaja-remaja sekalian, yang masih muda, 16, 17 tahun, ini adalah untuk anda. Ketika ini, kita sering mendengar di sana sini tentang keruntuhan akhlak remaja. Tetapi seperti yang diterangkan di atas, golongan seperti andalah yang akan mendokong kebenaran bersama Imam Mahdi a.s.

Ketika ibu bapa golongan remaja ini akan menghalang golongan remaja ini daripada mengikuti Imam Mahdi a.s. dan menyuruh golongan remaja ini agar lebih mementingkan ‘masa depan’ dan ‘kamu jangan memberontak’, ‘kamu darah muda’ ‘ibu yang sudah 30 tahun ini lebih makan garam dari kamu’ dan sebagainya, golongan remaja ini akan meninggalkan keluarga mereka untuk berjuang bersama Imam Mahdi, sebagaimana golongan muda di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan golongan muda di zaman Nabi yang sebelumnya.

Pencarian kebenaran tidaklah menyebabkan anda memasuki lubang biawak seperti mana sesetengah golongan virtuous Elite yang thiqah mahupun yang casual. Pencarian kebenaran kadang kala menyebabkan anda berasa bersendirian, bukan kerana berasa diri anda terlalu sempurna, tetapi berasa letih melihat mereka golongan Virtuas Elite yang thiqah dan casual bergaduh kerana dedak ayam dan bertih jagung.

Ada di antara mereka mengatakan mereka mengikut Sunnah tetapi mereka buta tentang bid’ahnya mengisytiharkan perang terhadap khilafah yang memerintah umat Islam sebagaimana berlakunya terhadap Khalifah Uthmaniyyah. Mereka tidak nampak bid’ah menjalinkan hubungan diplomatik ‘give and take’ sebagaimana hubungan Saudi-Wahhabi dengan British dan sekarang sebagai client-state dengan Amerika. Ini merupakan kecurangan yang besar kepada umat Islam.

Kedua, golongan yang mengaku sebagai pengikut golongan yang ingin melakukan penyucian hati dan tariqat, tetapi mereka turut serta dalam perkelahian dedak ayam dan bertih jagung yang sudah didebatkan beberapa lama dengan mereka yang mengaku sebagai pengikut Sunnah. Jika Imam Ghazali masih hidup, beliau pasti akan menggeleng kepala, kerana beliau dahulu pun berasa terasing di ketika mana masyarakat ketika itu lebih suka bergaduh kerana hal-hal bertih jagung.

Ketiga, sesetengah daripada golongan yang sering mengatakan ‘usaha atas iman’ tetapi ada di antaranya menutupkan telinga mata dan telinga mereka tentang keperitan umat Islam yang menderita kerana tipu daya dunia dan musuh Islam. Dalam diri mereka tiada langsung semangat activisme. Ketika keluar berdakwah, mereka memakai pakaian Sunnah dan sederhana, tetapi di rumah mereka berderet kereta-kereta mewah yang kebanyakannya di beli secara riba’ dan backdoor riba’.

Kepada golongan muda, anda yang berusia 17, dan 18 tahun yang masih tidak mempunyai status quo dan masih bebas merdeka, pencarian anda dalam kebenaran bukanlah perlu berakhir anda memasuki lubang-lubang biawak golongan-golongan ini yang ingin mengekalkan status quo masing-masing dan kekal dalam kumpulan masing-masing dan berasa gembira berada di dalam kandang masing-masing.

Kadang kala pencarian anda dalam kebenaran menyebabkan diri anda terasing, seperti mana yang dilalui Nabi Isa a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Ibrahim a.s, dan Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya. Malah di luar dunia Islam, kalau anda membaca sejarah Buddha, beliau juga keluar dan terpaksa melalui hidup yang terasing.

Maka bebaskan diri anda golongan muda daripada tipu daya dunia dan kembali kepadaNya walaupun sebanyak mana dosa yang anda lakukan dan berusaha meninggalkannya selama-lamanya.

Sumber: Bestweh.org (hasil tulisan : 'Penunggu')

 Sahabat Gua

 Berapa banyak bintang di langit
Engkau hafali ya Sahibul Kahfi
Tak akan sama bintang yang satu ini
Yang kau kenali di dalam hati
Terang walaupun dia tersembunyi
Cemburukan matahari
Cahaya berseri-seri
Jika engkau kenali
Kita ditakdirkan lari
Jauh dari kezaliman
Terperangkap dalam gua ini
Hingga masa Tuhan tunjuk kebenaran

Mari ikut rentak ku
Rentak tari dulu-dulu
Lagu marhaen sederhana
Disini tiada duka
Terima saja dengan redha
Perananmu dalam dunia

Kerana pegangan
Engkau hadapi
Dugaan ini ya Sahibul Kahfi Kamil !
Kalimah kebenaran telah zahir
Tak usah engkau ragukan
Kita datang dari dia
Kita pulang padaNya
Banyak ayat mujarobat
Bisa menawarkan luka
Namun penyakit jiwa ini
Tak bisa ditawan tanpa penyerahan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email