Ibnu Bathutah bercerita tentang Syiah - Bahagian 2 (Akhir)
Dalam Rihlah-nya, (Tuhfah an-Nuzhar fi Gharaibil Amshar wa Ajaibil Asfar, Rihlah Ibnu Bathuthah, Pustaka Al-Kautsar, Cet I, Mac 2012, hal 220-223). Ibnu Bathuthah bercerita: ".... Pada suatu ketika, Raja Iraq yang bernama Sultan Muhammad Khadabandah berjalan ditemani oleh seorang faqih yang bernama Jamaludin bin Muthahhar. Kala itu, raja masih belum memeluk Islam. Setelah dia masuk Islam, maka seluruh bangsa Tartar yang berada dalam kekuasaannya juga masuk Islam. Setelah itu, mereka semua bertambah rasa hormat kepada Faqih Jamaludin. Raja menganut mazhab Rafidhah. Faqih mengajarkan mazhab ini kepada raja dan mengistimewakannya di atas mazhab lain. Dia menjelaskan sejarah para sahabat Nabi dan para khalifah. Dia menjelaskan bahawa Abu Bakar dan Umar adalah menteri Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam. Ali adalah putera bapa saudara sekaligus menantu beliau. Faqih itu menjelaskan tema-tema seperti itu. Dia tahu, raja di hadapannya adalah pewaris kerajaan san...