Catatan
Tunjukkan catatan dari Januari, 2013
Mujahidin Mali dibiarkan Bertempur Sendirian Melawan Gabungan Tentera Salib Dari Seluruh Dunia
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Jet tempur Perancis melakukan serangan terhadap posisi-posisi kekuatan mujahidin hingga ke Mali utara. Laporan hari minggu Mujahidin telah meninggalkan beberapa posisi mereka dan berkumpul di wilayah pegunungan Kidal, benteng utara mereka, 1.500 km dari Bamako dan dekat perbatasan dengan Aljazair. “Penyebaran mereka ke arah utara , yang dimulai 24 jam yang lalu, tentara kami sudah berada di dalam kota-kota Niono dan Sevare,” kata Letnan Kolonel Perancis Emmanuel Dosseur. Niono terletak 350km dari ibukota Mali dan 60km selatan Diabaly, yang dikuasai hampir seminggu yang lalu oleh mujahidin dan kemudian dibom oleh jet tempur Perancis......tajuk/ sini Sevare memiliki bandara strategis paling penting yang bisa membantu melayani serangan udara . Daerah ini sekitar 630km dari Bamako. Wilayah Sevare juga dekat konna, pekan lalu dikuasai oleh mujahidin sejak tanggal 10 Januari, memicu intervensi militer Prancis . “Kami berada dalam fase yang maju,” kata seorang perwira ...
jangan kedekut
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
1. Hadith daripada Abu Hurairah ra, katanya : Aku dengar Rasulullah saw bersabda : “ Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat : Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir : Jawab Nabi : “ Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.” 2. Malaikat berseru : Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya . (Al-Hadith) 3. Sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan Tuhan dan sedekah berterang-terangan itu pengadang neraka. (Al-Hadith) 4. Kata ulama : Sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat . · Lima di dunia - Mencucikan hartanya - Mencucikan badannya - Menolak bala dan penyakit - Menggembirakan orang miskin dan mengembiraka...
Dr. Ismail Al Faruqi: Mangsa Konspirasi Dajjal
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
ihsan Terengganu online. Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya. Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat. Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Semua latar belakangnya boleh dilihat dalam wikipedia.org/Ismail Al Faruqi Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial. Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya sememangnya dirancang oleh...
pekara yang dikikis sedikit demi sedikit tanpa kita sedari
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
- D aripada Aisyah Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi saw pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk. (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi) - Abdullah bin munzir telah meriwayatkan bahawa rasullallah saw telah bersabda : "Hari jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi ALLAH swt .Ia adalah hari yang lebih besar di sisi ALLAH daripada hari raya aidilfitri .Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu : Penciptaan Adam ,pada hari itu juga dikeluarkan Adam dari syurga. Pada hari itu juga Adam wafat dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram .Pada hari itu ...
akibat daripada jahat mulut
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”. Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW, “Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.” Hadith ini meriwayatkan perbualan seorang sahabat dengan Rasulullah dalam mana sahabat itu tertanya kepada Rasulullah tentang seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu amat kuat beribadah kerana pada siang harinya dia berpuasa manakala di malam hari dia bangun bertahajjud. Perempuan itu sudah boleh dikatakan ahli ‘abid kerana seseorang yang mampu berpuasa siang hari dan bangun bertahjud malam hari dia sudah boleh dikatakan ‘abid. Cuma dia belum tentu orang bertaqwa atau orang soleh boleh kita panggil ‘abid atau ahli ibadah saja. Dan perempuan yang diceritakan oleh sahabat itu k...