NOTA PENULIS : INI ARTIKEL TERAKHIR SAYA KETIKA HANGATNYA ISU MH
INI,
1. Saya sudah update blog saya pada 11 Mac, apa yang saya
tulis dalam artikel pesawat MH370 sebelum ini memberi manifesasi kepada
pembaca bahawa kononnya pesawat telah jatuh sebab ditarik masuk oleh dimesi
lain, kalau di baca pada artikel itu, tidak ada satu ayat pun yang merujuk
kepada perkara tersebut.
2. Pada perenggan 4, artikel lama tersebut, saya memberitahu bahawa saya
menolak semua teori yang menyatakan bahawa pesawat
sudah dirampas, juruterbang melarikan pesawat atau buat tindakan tidak masuk
akal.
3. Yang saya silap ialah pada peringkat awal saya mengaitkan jatuhnya MH370
disebabkan kena tembak dengan peluru berpandu atau
perbuatan sabotaj macam letupan bom (anda boleh merujuk kepada perenggan 2
artikel itu).
4. Tidak ada sebutan pun yang menyatakan ia jatuh disebabkan tarikan
kuasa ghaib.
5. Di sini, peranan saya bermula dalam Facebook apabila memainkan penanaman
program atau kawalan,
brainwashing , thought reform ke dalam minda dengan
memasukkan unsur-unsur ghaib, apa pun, laman Facebook adalah bersifat peribadi
(Bolehlah mengarut sedikit pasal ia bersifat peribadi)
6. Kerana saya tahu orang Melayu khususnya suka dan minat kepada perkara
mistik, tapi jangan salah sangka, semua pengalaman mistik yang saya ceritakan
dalam Facebook adalah pengalaman sebenar.
7. Hasilnya dalam sekelip mata, ramai yang menjadi “freind” saya dan ini akan
membantu keadaan blog yang merundum akibat masalah “Bandwith Limit” sampai orang
ingat blog saya sudah ditutup, jadi untuk sementara boleh akses dr FB lah..
8. Ini sekaligus akan menyelesaikan masalah kegagalan enjin pencari Google
untuk mengesan blog saya (kerana kemudahan bot crawler untuk enjin pencari
saya sudah nyahaktifkan).
9. Sekaligus ini akan menyelesaikan masalah “Bandwith Limit” yang selalu blog
saya hadapi (saya haraplah kerana untuk menambah Bandwith memerlukan
wang)
TEORI KENA HIJACK TIDAK BOLEH DITERIMA
10.Orang kata pesawat ini sudah dirampas…sedarkan saudara sekelian bahawa
selepas insiden 9 September yang menyebabkan World Trade Centre tumbang,
semua pintu kokpit pesawat diperkukuhkan dengan bahan kalis peluru dan umpil, ia
juga dilengkapi dengan sistem kekunci kod dan kamera litar pintas. Ia hanya
boleh dibuka dari dalam.
11.Jika perampas mahu membawa pesawat kemana-mana lapangan terbang dalam
sesebuah negara, Air Traffic Controller dengan kebenaran jabatan penerbangan
negara tersebut mempunyai hak untuk tidak membenarkan pesawat yang dirampas
mendarat walaupun untuk mengisi minyak (Ini ada disebut dalam peraturan Federal
Aviation Federation dan pernah berlaku apabila pesawat Mas yang dirampas tidak
diizin mendarat oleh Jabatan Penerbangan Singapura di Paya Lebar untuk mengisi
minyak dan kemudian terhempas di Tanjung Kupang, Johor tahun 70an).
12.Adakah negara-negara yang dituduh berpakat dengan pengganas seperti Russia
dan China sanggup berdepan dengan masyarakat dunia dengan terbabit dalam
insiden rampasan seperti ini? Tambahan pula tidak ada tuntutan yang dibuat
selepas masuk hari kelima atau keenam pesawat dirampas?
13.Kemudian ada teori yang menggunakan alasan radar jammer untuk tujuan
“menculik” pesawat tersebut,
saya tidak kata mustahil dan boleh berlaku
tetapi tidak ada sebab atau objektif untuk senario ini dipakai dalam insiden
MH370.
14.Hakikat sebenarnya pesawat hilang dari radar disebabkan, ia sudah
jatuh terhempas. Itu sahaja.
15.Pesawat MAS seperti MH370 dari jenis Boeing 777 mempunyai kapasiti untuk
mengisi minyak yang mampu bertahan selama 11 atau 13 jam penerbangan.
16.Bagaimanapun untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke lapangan terbang
Beijing, China, secara kebiasaanya akan diisi dengan separuh tangki
bergantung kepada laluan dan jarak penerbangan. 17.Dalam senario MH370 ini, penerbangan mengambil masa selama lebih kurang
lima jam, jadi bahan api yang diisi
adalah mencukup untuk lima atau enam jam
penerbangan termasuk minyak tambahan untuk sejam atau dua jam penerbangan
sebagai tindakan kecemasan.
18.MAS atau mana-mana syarikat penerbangan antarabangsa yang mengambil laluan
jarak jauh tidak
mengamalkan polisi mengisi minyak penuh kerana ini akan
membebankan pesawat dan akan meningkatkan kos bahan api (lebih berat, lebih
banyak bahan api dibakar).
19.Pesawat untuk laluan jarak jauh akan mengambil langkah untuk mengisi
minyak atau refuelling di destinasi
ketibaan sebelum balik semula ke
Malaysia.
20.Jadi, untuk sebuah pesawat dengan minyak yang boleh bertahan maksima enam
jam sahaja, ia tidak akan
mampu terbang ke pulau Diego Garcia atau
Mongolia.
SEBAB-SEBAB TERHEMPAS
21.Tidak ada orang pun mampu memberikan jawapan ini, pembaca seperti anda
termasuk saya boleh mencipta pelbagai teori tetapi sebarang hipotesis harus
ada pembuktian dan ketika ini, bukti sedang berada di bawah laut
dengan kedalaman di antara 300 ke 1,000 meter.
22.Kita ambil teori yang paling ringan iaitu kerosakkan sayap MH307, inilah
teori yang paling tidak ekstrem tetapi tidak suka disentuh orang kerana tidak
ada “aksi” atau elemen konspirasi.
23.Pesawat dilaporkan pernah mengalami kemalangan di lapangan terbang
Shanghai, China pada tahun 2012 pada bahagian sayap.
24.Walaupun sudah dijamin selamat dan lulus untuk terbang seperti yang
disahkan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya,
kita tahu bahawa “kredibiliti” pesawat ini sudah tercalar.
25.Saya berpendapat, selepas terbang melebihi ketinggian 30,000 kaki dan
mengalami beratus-ratus kali penerbangan, kemungkinan sayap pesawat yang pernah
rosak dahulu telah mengalami keretakan sehingga menjejaskan penerbangan dan
membahayakan pesawat.
26.Selepas dua tahun kemalangan berlaku, saya tidak pasti jika pihak Boeing
atau MAS ada membuat ujian kedua dan ketiga untuk menguji integreti struktur
sayap yang rosak atau integriti sambungan sayap kepada badan akibat kemalangan
pada tahun 2012 tersebut.
27.Dengan kelajuan yang mungkin telah mencecah lebih kurang 900 kilometer
sejam dan dengan tekanan udara yang sangat tinggi, keretakan pada sayap
pesawat yang pernah rosak ini mungkin telah berlaku lagi.
28.Tanpa sempat berbuat apa-apa termasuk panggilan kecemasan, pesawat
barangkali telah mengalami penurunan mendadak sebanyak 10,000 ke 20,000 kaki
dari ketinggian 30,000 (berpunca kepada kerosakkan sayap pesawat/patah/bengkok
or what ever).
29.Penurunan mendadak ini yang disokong oleh tujahan enjin jet mampu
menyebabkan pesawat mengalami daya tekanan graviti yang tinggi sehingga lebih
daripada 5g.
30.Kita juga tahu bahawa daripada radar pihak tentera, pesawat dilihat
seperti berpusing tetapi kita tidak tahu radius pusingan pesawat.
31.Kalau pusingannya ketat, kita tahu bahawa kemungkinan besar pesawat telah
membuat “Sudden Maneuver” yang terhasil dari tujahan enjin yang terjejas dari
salah satu sayap pesawat yang bermasalah.
32.Soalnya kalau benar pesawat telah membuat pusingan balik, sudah tentu
juruterbang akan memaklumkan
sebab-sebab beliau berbuat demikian dan jika
berada dalam keadaan kecemasan seperti rampasan pesawat, juruterbang masih
mampu menghantar amaran tetapi kalau keadaan sudah mencapai tahap gawat seperti
daya hentaman g pada tubuh badan, juruterbang akan kaku dan
melekat pada kerusi akibat penurunan darah yang mendadak sehingga otot
menjadi kejang.
33.Seorang manusia akan mengalami pengsan pada tahap 2g atau 3g ke atas dan
integriti pesawat mungkin akan terjejas jika ia mengalami tekanan 6g ke atas,
bayangkan ini hanyalah pesawat awam atau penumpang yang bukan direka untuk
bertahan dari tekanan g yang tinggi seperti pesawat atau juruterbang
pejuang.
34.Penurunan mendadak ini ditambah dengan kelajuan yang tinggi mungkin telah
menyebabkan sindrom apa yang kita namakan sebagai “G-LOC atau G-force induced
Loss Of Consciousness) sehingga boleh menyebabkan juruterbang atau penumpang
pitam untuk beberapa saat (bergantung kepada kekuatan tubuh) atau beberapa
minit.
SEBAB-SEBAB TEORI TERRORISME/HIJACKING DIPOPULARKAN AMERIKA
SYARIKAT
35.Kita sedia maklum bahawa pesawat tersebut merupakan produk buatan Amerika
Syarikat (AS)
36.Pesawat milik Malaysia Airlines itu baru berusia 11 tahun dan masih ada
jaminan 14 tahun lagi oleh Boeing (Setiap sebuah pesawat komersil diberi
jaminan 25 tahun).
37.Terhempasnya pesawat ini jika terbukti disebabkan kerosakkan teknikal akan
menyebabkan reputasi Boeing jatuh teruk.
38.Boeing pula sedang menerima saingan sengit dari pembina pesawat komersil
Peranchis iaitu Airbus.
39.Kuasa besar seperti AS akan menggunakan apa sahaja termasuk kekuatan
medianya untuk menjaga
kepentingan negaranya dan dalam hal ini, AS mungkin
sedaya upaya cuba meletakkan tanggungjawab kepada Malaysia dengan mengaitkan
dengan kelemahan piawaian keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
40.Malangnya….media Malaysia termasuk sebahagian besar rakyat negara ini
termakan dengan teori ini
hijack/rampasan/pengganas ini hanya berdasarkan
laporan passport yang hilang (Passport hilang atau palsu ini digunakan oleh
macam-macam orang, agen perisik, pengedar dadah, mereka yang bangkrup dan bukan
perampas pesawat sahaja).
41.Jika terbukti bahawa kemalangan berpunca disebabkan kelemahan integriti
sayap pesawat yang telah dibaiki dan dijamin oleh Boeing, bayangkan berapa
banyak kerugian dari insuran dan ganti rugi yang terpaksa di bayar oleh
syarikat penerbangan itu.
42.Ketika artikel ini ditulis, saham Boeing sedang jatuh menjunam dan
syarikat itu melalui pesawat model
terbarunya iaitu 787 Dreamliner sedang
berhadapan dengan masalah pada struktur pesawat.
43.Untuk meletakkan tanggungjawab pada kerajaan Malaysia, AS demi untuk
kepentingan dirinya akan cuba mengaitkan pengganas dengan MH370 dan kerana
itu dengan pantas telah menghantar pegawai FBI dari kalangan pakar keganasan
ke Kuala Lumpur.
44.Tindakan penghantaran FBI ini dibuat kerana AS bimbang, insiden kemalangan
MH370 akan membantutkan pasaran pesawat terbaru Boeing dan kehadiran FBI
memberikan imej palsu kepada pelanggan Boeing bahawa “Ini semua kerja
terroris, our plane is safe”.
TEORI ALAM GHAIB “KICK IN” DAN KETIADAAN DEBRIS ATAU BAHAGIAN
PESAWAT/PENUMPANG YANG TERAPUNG
45.Bab ini paling susah nak jawab.
46.Entah macam mana, pesawat mungkin tidak terhempas dalam keadaan menjunam
atau berpusing sampai
badan pesawat tegak 90 darjah.
47.Ia mungkin terhempas secara glide atau mengelungsur (bab ini kuasa Allah,
saya sukar hendak jelaskan)
sebelum masuk ke dalam Laut China Selatan.
48.Kegagalan sistem penggera pada Blackbox atau kotak hitam juga menimbulkan
satu misteri. Sistem ini yang mengaktifkan pemancar lokasi pada Blackbox
sepatutnya berfungsi sebaik sahaja pesawat menghentam air (Bab ini juga saya
serahkan kepada Allah)
49.Bagaimanapun secara teorinya, sistem ini hanya akan berfungsi apabila
muncung pesawat menghentam air
dalam kelajuan atau kederasan tertentu.
50.Jika ia berfungsi sekalipun, kemungkinan disebabkan keadaan air laut yang
dalam, gelombang yang dipancarkan mungkin bersifat lemah dan gagal dikesan
oleh mana-mana alat receiver dan ini terpakai untuk lain-lain sistem elektronik
pada pesawat.
51.Berbalik pada teori alam ghaib (saya sebenarnya tidak tahu ayat apa yang
sesuai dipakai). Menimbulkan satu keanehan, bagaimana pesawat boleh terhempas
atau “Glide” seolah-olah seperti ada kuisyen lembut yang menahannya dari
berkecai sehingga tiada kelihatan “debris” atau pecahan pesawat.
52.Melalui kebolehan orang-orang Malaysia dan Indonesia yang bermunajat
kepada Allah, kelihatan pada mata kasyaf bahawa pesawat sudah berada di dalam
laut dengan kedalaman di antara 300 hingga 1,000 meter.
53.Dalam keadaan demikian, suhu yang sejuk di dalam laut akan melambatkan
proses pereputan.
54.Malah diberitahu oleh orang-orang ini, pesawat berada dalam keadaan yang
O.K dan tidak hancur di dalam jurang yang agak gelap. 55.Fisulaj atau badan pesawat ada sedikit rosak, misalnya muncung pesawat
rosak (saya jangka disebabkan hentaman ke dalam permukaan dasar laut), salah
satu sayapnya patah.
56.Oleh kerana sebab-sebab sensitif, saya tidak mahu lagi menerangkan keadaan
dalam pesawat.
57.Kita tidak boleh menolak pengaruh makhluk lain selain dari manusia kerana
kita ini berkongsi alam.
58.Blog saya bukan sebuah paparan akademik atau ilmiah yang memerlukan setiap
penjelasan dari lojik akal dan saya fikir, tidak perlulah kita merendah atau
tertawa dan mengutuk kebolehan orang yang mampu melihat jauh ke dalam lautan dan
berkomunikasi dengan makhluk-makhluk Allah ini yang turut membantu memberikan
lokasi secara kasar kepada mereka yang telah bermunajat kepada Pencipta Alam
Semesta ini.
59.Orang-orang itu bukan saya, tetapi sebahagian kecil dari mereka yang ada
di Malaysia dan kiai-kiai pensantren agama di Indonesia yang membuat hubungan
yang rapat dengan saya, dari mereka….saya titipkan artikel ini dan sebelumnya
untuk kita sama-sama berkongsi ilmu baik perkara yang lojik mahupun tidak.
60.Saya seperti anda….dan apabila saya meminta saudara semua mengenali Allah
melalui Ilmu Tauhid dalam laman Facebook, saya tidak maksudkan anda terus
mendapat keajaiban tetapi kita belajar untuk kita mengenal Sifatnya, dan
apabila kita faham…Insya Allah minda kita diberi kebolehan untuk memahami
kejadian atau ilmu lain yang tidak diketahui. Saya rasa sangat sedih kerana
seruan saya “bab belajar Tauhid/usuluddin/akidah” ini dijadikan bahan caci oleh
mereka yang saudara seagama dengan saya dalam sebuah forum popular tanahair.
TIMBUL PESAWAT
61.Apa yang diberitahu oleh mereka ini kepada saya, pesawat dijangka timbul
atau dalam bahasa lain akan dikesan dan diberi petunjuk mulai hari ini iaitu
PENGHULU SEGALA HARI, hari Jumaat yang mulia ini.
62.Saya bukanlah mendahului sesiapa tetapi apa yang diberitahu,
bermula hari ini, Sabtu atau Ahad, ia akan dilepaskan dari lingkaran ghaib yang melitupi pesawat atau
setidak-tidaknya minggu hadapan.
63.Kemungkinan besar….ia ditemui oleh nelayan.
64.Bab lokasi saya tidak mengetahui secara tepat…saya difahamkan, di
perbatasan negara…mungkin dalam
sempadan laut Malaysia/Vietnam atau mungkin
Malaysia/Siam.
APA PUN SEMUANYA KETENTUAN ALLAH…SAYA TIDAK MEMAKSA ANDA PERCAYA,
MUNGKIN SAYA
SILAP DAN MUNGKIN ANDA BENAR.
Ulasan
Catat Ulasan