Imam Mahadi Sudah Muncul ?
dari blog Al-Alorstari
Hadis Pertama
:
Dari Jaber bin Abdullah ra meriwayatan,” Hampir tiba
masanya tidak dibolehkan masuk kepada penduduk Iraq miski hanya satu Qafiz
makanan dan satu dirham wang.” Kami bertanya,”Dari aman larangan itu?” Ia
menjawab,”Dari orang ‘Ajam yang melarang hal itu.”Kemudian ia berkata ,”Hampir
tiba masanya wang satu dinar dan bahan makanan satu Mud tidak dibolehkan dibawa
kepada penduduk Syam .” kami bertanya ,”Dari mana larangan itu?” Ia menjawab
,”Dari Romawi. Kemudian ia diam sejenak (hunaiyyah).” Kemudian ia berkata
,”Rasulullah saw bersabda,”Pada akhir zaman umatku, akan ada seorang khlifah
yang menciduk harta dengan kedua telapak tangannya beberapa kali cidukan tanpa
menghitung sama sekali.” (Riwayat Muslim)
Hadis Kedua
:
Sabda Rasululah saw dari Nafir dari Sahal dari ayahnya dari
Abu Hurairah ra,” Irak menahan dirham dan qafiznya Syam menahan mud dan dinarnya
dan Mesir menahan irdab dan dinarnya. Dan kamu sekelian kembali lagi seperti
semula.Kamu sekelian kembali lagi seperti semula. Kamu sekelain kembali lagi
seperti semula.”( Riwayat Muslim)
Sedikit Komentar
:
Berdasarkan hadis di atas, membuktikan perkara tersebut
telah berlaku dan sedang berlaku. Boleh kita fahami bahawa kalimat “kamu tidak boleh masuk kepada penduduk
Iraq” bermakna bahawa kita Ahli Sunnah Wal Jummah tidak boleh masuk ke
Iraq kerana “Qafiz” penguasaan ekonomi dan “Dirham” penguasaan politik dikuasai
oleh orang “Ajam” . Jika kita baca hadis-hadis setelah kejatuhan Parsi, maka
kita akan dapati sebutan “Ajam” yang pertama sekali yang dirujuk oleh Saidina
Jaber bin Abdullah r.a ini adalah gulongan “bukan Arab” iaitu “Ajam” kepada
orang-orang Parsi yang datang ke Madinah menjadi tawanan perang dan yang datang
memeluk Islam apabila terjadinya perkahwinan di antara putri Parsi iaitu puteri
Shahbanaz dengan Saidina Hassan r.a. Ini lah sebutan “Ajam” yang dirujuk oleh
sahabat r.hum ketika itu. Faham mudah, halangan itu datang dari gulongan
Syiah/Iran sekarang ini. Kerana setelah kejatuhan Saddam Hussain , kerajaan
Syiah yang kedua yang terhasil di Iraq setelah Iran. Inilah yang berlaku
sekarang ini.
Kalimat “Hampir tiba masanya wang satu dinar dan
bahan makanan satu Mud tidak dibolehkan dibawa kepada penduduk Syam”.
Juga bermakna bahawa kita Ahli Sunnah Wal Jamaah dihalangi untuk masuk ke “Syam”
yang sekarang ini adalah Syiria. Juga boleh difahami bahawa ketika itu
penguasaan ekonomi dan politik di kuasai orang-orang “Rom”. Kalimat “Rom” ini
boleh kita fahami ianya adalah “Barat” iaitu gabungan Kristians/Yahudi sekarang.
Bahasa paling mudah Eropah dan Amerika (US). Ini bermakna bahawa pasti akan
terjadi pada waktu terdekat gabungan England,Perancis dan Amerika akan menyerang
Syiria atas alasan senjata kimia sebagaimana yang digembar gemborkan sekarang
ini.
Pada hadis yang kedua di atas, seolah-olah sambungan
berkaitan penguasaan ekonomi dan politik. Ianya terjadi di Mesir juga
sebagaimana yang sedang berlaku sekarang ini. Ianya bertambah jelas apabila
Jeneral Sisi telah membenarkan dua batalion tentera Israel masuk ke Mesir
melalui Sinai sebagaimana yang dilaporkan oleh berita beberapa minggu yang lalu.
Memang berketepatan dengan hadis yang di atas adalah apa yang sebenarnya yang
sedang terjadi di Iraq, Syiria dan Mesir.
Kemudian dipenghujung ayat di dalam hadis yang kedua, “Dan kamu sekelian kembali lagi seperti
semula.Kamu sekelian kembali lagi seperti semula. Kamu sekelain kembali lagi
seperti semula.” Apa yang penulis fahami adalah bahawa kita akan kembali
balik ke zaman awal umat. Iaitu kembali ke zaman Sistem Khalifah, sistem yang
hampir mirip pemerintahan khalifah yang lima dengan pemerintahan satu amir.
Ianya pasti akan berlaku sebagaimana sepakat ulama-ulama.
Pada penghujung hadis yang pertama,”
Rasulullah saw bersabda,”Pada akhir zaman umatku, akan ada seorang khlifah yang
menciduk harta dengan kedua telapak tangannya beberapa kali cidukan tanpa
menghitung sama sekali.” Jika hujung hadis kedua kita kembali semula ke
pemerintahan Sistem Khalifah, maka hujung hadis yang pertama menjelas bahawa
seorang khalifah itu akan muncul yang bersifat pemurah ketika setiap pemimpin
dunia sibuk mengumpul harta kekayaan. Dan bagi penulis ianya adalah Imam Mahdi
yang ditunggu-tunggu. Di dalam Bukhari dan Muslim tidak disebutkan Imam Mahdi
namun riwayat yang lain khusus pemegang kitab sunan menyebut Imam Mahdi.
Ini bermakna bahawa ketika berlaku di Iraq, berlaku di
Syiria dan berlaku di Mesir seperti sekarang ini menunjukkan bahawa waktu
terdekat pastinya akan muncul Imam Mahdi atau telah pun muncul tetapi belum
diistiharkan lagi. Ini berat sangkaan penulis.
Habis siapa Imam
Mahdi itu? Sebagaimana tulisan penulis pada posting yang lalu, sukar untuk
orang awam seperti kita mengenalinya. Sebagaimana hadis hukum yang mudah kita
fahami pun kita tidak ada hak untuk istibat hukum, begitu jugalah hal berkaitan
Imam Mahdi. Kita memerlukan ulama keakhiratan dan penuh kerisauan atas umat yang
akan kenal siapa sebenarnya Imam Mahdi ini. Sebagaimana ulama fiqah/Mujtahiden
yang nampak siluk biluk hadis-hadis hukum, maka untuk Imam Mahdi yang
meyelamatkan umat dan agama ini sudah semistinya ulama yang mempunyai kerisauan
dan kebimbangan atas umat juga yang akan nampak semua ini.
Nasihat Penulis
:
Kita akan dapati muncul lelaki-lelaki yang akan mengaku
Imam Mahdi. Yahudi/Nasrani juga akan “mengklon” beberapa Imam Mahdi mereka.
Kalau mereka berjaya menghantar Snuok Hongronje ke Acheh sebagai ulama hebat,
mereka berjaya menghantar “perosak” merosakkan ajaran Islam menjadi fahaman
Wahabi/Salafi sebagai mana yang terdapat di dalam tulisan berkala “British Spy
In The Middle East”. Mereka juga merosakka fahaman masyarakat Islam satu masa
dulu melalui tangan Rasyid Ridha dan Jalaluddin Al Afghani. Maka tidak mustahil
mereka juga akan merosak lagi dan lagi dengan ruang munculnya Imam Mahdi
ini.
Penulis sarankan berhati-hati dengan ulama-ulama
kotemporari yang sering muncul melalui gergasi berita antarabangsa seperti CNN,
Reuter Al Jazira dan lain-lain dari internet. Jangan mengia seratus peratus dan
jangan menolak seratus peratus TETAPI berhati-hati. Selain itu semistinya
kita sibukkan diri kita dengan berulang-alik ke masjid dan surau dengan amalan
masjid yang berlaku di zaman Rasulullah saw dan sahabat r.hum. Sibukkan diri
kita dengan amalan “infiradi”(bersendirian) dan amalan “Istimaei”(jerjemaah)
yang boleh membawa kita kepada sifat taqwa kerana dengan jalan inilah kita tidak
akan tertipu dan terkena fitnah yang semakin banyak nanti.
Ulasan
Catat Ulasan