Risalah Kemuliaan Nabi Muhammad sallAllahu 'Alaihi waSallam
Sisipan dari Blog Si Musafir Ilallah Posted by Tengku Ahmad Saufie 18 - Feb - 2012 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وأفضل الصلاة وأتم التسليم على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين قصة الضب الذى آمن برسول الله صلى الله عليه وسلم (Kisah Seekor Dhab Yang Beriman Kepada Rasulillah sallAllahu ‘alaihi wassalam) Apabila kita membicarakan tentang dhab, semestinya difikiran kita akan terfikir akan seekor biawak yang saiznya lebih besar daripada biawak biasa, tetapi hidup di padang pasir dan bersifat herbivor, bahkan dikatakan bahawa usia seekor dhab boleh mencecah beratus-ratus tahun. Dhab merupakan haiwan yang amat sukar untuk mati walaupun telah disembelih dan mempunyai potensi yang besar dalam pasaran perubatan tradisional terutamanya dijadikan sebagai minyak dan juga dijadikan sebagai makanan. Dhab Penyaksi KeNabian Baginda s.a.w.. Wahai saudaraku yang dimuliakan, selain daripada perubatan dan pemakanan yang terkait ...