eDomz

asia Fans

banner

PRODUK LUAR NEGARA UNTUK DIBELI

Khamis, 11 Julai 2013

Biar Gambar Berbicara !! | Suasana Ketika Sembahyang Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ]

Sedutan dari blog...

Biar Gambar Berbicara [Tangisan Kesedihan Orang Yang Di Zalimi] | Suasana Ketika Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ] | Peristiwa berdarah di Mesir mengingatkan kita perjuangan Rasulullah dan para sahabat di masa lampau, setiap kemanisan kemenangan itu mesti dibayar dengan keringat dan darah, semoga ALLAH memberkati dan memberi Syahid yang abadi kepada pejuang di sana.

Suasana ketika sanak saudara dan sahabat handai sedang solat Jenazah
Suasana ketika sanak saudara dan sahabat handai sedang solat Jenazah
ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA

Kanak-kanak Palestin dari kecil mereka merindui Syahid, ketika kanak-kanak kita asyik bermain mainan Game yang melalaikan mereka bermain mainan Jihad dan merindui mati syahid
Kanak-kanak Palestin dari kecil mereka merindui Syahid, ketika kanak-kanak kita asyik bermain mainan Game yang melalaikan mereka bermain mainan Jihad dan merindui mati syahid

Maksud firman Allah Taala:

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan dikurniakan rezeki.

(dan juga) Mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) tiada kebimbangan (berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman". (Surah ALI IMRAN: Ayat 169-171)


Rasulullah SAW bersabda;


Seorang yang mati syahid diberi ENAM kelebihan pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya membasahi bumi:


1. Diampunkan semua dosa dan kesalahannya.

2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.

3. Dikahwinkan dengan bidadari.

4. Diamankan daripada kesusahan kedahsyatan yang besar (pada hari qiamat).

5. Diselamatkan daripada seksa kubur.

6. Dihiasi dengan pakaian keimanan.

(Hadith Riwayat Bukhari)


Riwayat yang lain disebutkan bahawa terdapat TUJUH kelebihan mati syahid:


1.Diampunkan dosanya ketika titisan darahnya yang pertama dan diperlihatkan tempatnya di syurga.

2.Dipakaikan dengan pakaian iman.

3.Dikahwinkannya dengan 72 orang bidadari.

4.Dibebaskan daripadanya siksa kubur.

5.Aman daripada kejutan besar (iaitu tiupan sangkala).

6.Dipakaikan mahkota kebesaran yang lebih bernilai daripada dunia dan isinya.

7.Orang yang mati syahid dibenarkan untuk memberi syafaat 70 orang daripada keluarganya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


Sabda Rasulullah Saw:


"Tidak sesorang pun yang masuk syurga ingin pulang ke dunia walaupun diberikan kepadanya kekayaan dunia kecuali mereka yang mati syahid.Orang yang mati syahid ingin pulang supaya dia terbunuh (syahid) SEPULUH kali lagi kerana melihat kemuliaan syahid itu." (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


YA ALLAH! KURNIAKAN KAMI SYAHID
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria, Mesir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Follow by Email