Kata-Kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu!
by Nizarazu on June 22, 2013 Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya. Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam. Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas menuju ke...