Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya
untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa
hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini.
Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat
bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman
era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi 'cut
& paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata
tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada
kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita
lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti
rangkap-rangkap sya'ir dibawah ini:
[1]
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan
bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan
rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan
menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi
pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda
1000 pahala
Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita:
-mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak
kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh
manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat
solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan
peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama'
muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan
itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam.
Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas
bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit
dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu
ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam
bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah
kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan
ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di
hormati" ialah:
"Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab"[2]
Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini
sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam
dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini,
kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji
dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak
menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat
Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).
Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan
Rejab?
Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.
1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.
a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan
Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu
perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa
hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya
adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi
fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman)
dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit
sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul
mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan
tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin
Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg
datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai
Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah
dan Mawdhu"
b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram
sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin
mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu :
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang
Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan
maksiat kepada Allah swt.
c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
"Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah
sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa,
SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar :
'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas
berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'. "
Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:
i.
"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab,
warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa
yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari
sungai itu" - hadis ini Dha'if.
ii.
"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia
berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7
pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga
akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa
dengan kebaikan" - hadis ini Dha;if.
iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab
menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:"Rejab bulan Allah. Sya'ban
bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.
d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti
oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan
Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah
akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan
dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab."
- Itu adalah hadis Mawdhu'
e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr
mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau
menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan
Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
"Ini adalah manusia yg prihatin,
dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat
pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg
besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam
bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti
penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem
(Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam
menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali
peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam
menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."
2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain
Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg
terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
"tidaklah ada
kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari
bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - didalamnya
ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan
Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih
bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan:
Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya'ban.."
b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab
kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
"Hadis
ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan
Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan
sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! ....
yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai
nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada
sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta
beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua
adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari
ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg
berlebih-lebihan...."
c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah
sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar.
Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk
ibadat itu sendiri. Katanya :
"Berkata ulama' : Janji untuk mendapatkan
ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih
keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."
d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu
Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib
mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh
kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf
sesuatu hadis. Kata beliau :
"Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas
Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya...sesungguhnya
telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia
menipu, maka dia adalah pembohong....."(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg
Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia
wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka disana ada Kitab
Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh
Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."
3. Ibnu Hajar Al-Asqalani
Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari
atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam
fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu
Hajar:
"Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat
hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata :
Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah,
sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan
atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu
dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini
adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka
jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH
(Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :"Jangan
mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya
berqiamullail". ! ! ! - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini
lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar
lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar
Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci
olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa
di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti
kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3.
Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau
dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa
adalah amalan kebajikan"., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka
perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq
didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
"Puasa Rejab,
bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan
sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram".
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama.
Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab
sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif
Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan
fadilat Rejab:[7]
a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab
kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu
Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini
dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas,
kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.
b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan
membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu
Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia
selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia
bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan
kepadanya 1000 malaikat.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi
yang majhul.
c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan
puasa sebulan.
-Hadis sangat Dhaif.
*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg
bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu
Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat,
bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi
ini adalah seorang yg Dhaif.
d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya
ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab
maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg
berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari
pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab
maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg
bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama
Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.
e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam
harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari
Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil
dan Takbir.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail,
dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.
f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat
malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari
buah-buahan Syurga.
-Hadis ini Mawdhu' (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini
diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini
Mawdhu'.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai
apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan
Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu
perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku
berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya
didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat
didalamnya untuk satu kaum yg lain"
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga
terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila
ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam
dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana
terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi
berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah
menjadi masalah."
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda :
((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka
adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik,
begitu juga dengan Sya'ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya"
c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr
Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie,
Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa
sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara
implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
"Keutamaan berpuasa pada
bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali
berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan
Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda
Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa
selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan
haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab
Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari
semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11]
juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! !
kata nya:
"Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini
telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali.........
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan
jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika
diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat
atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:
"Berpuasa didalam bulan adalah
maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari
Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan
Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa
sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka
disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami
mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau
tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan
manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku
telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari
didalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka,
mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal....Hasil dari
puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka
apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para
sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan
berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah
menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin
ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak
berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam
Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan
haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kera! ! ! na ini tidak
dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama'
Salaf.
Puasa-Puasa sunat yg lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan
mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau
sifat sebagai :"Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah"
Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):
"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada
mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau
mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4.
Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6.
Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga
9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya. "
Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat,
tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya.
Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya
puasa itu dahulu.[14]
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu).
Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang
memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat
khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan
Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr,
Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab
(Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain
disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam
Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11
di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis,
Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak
sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada
hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali
kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg
Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali-
Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam
bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti
kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw.
(Na'uzubillahhu min zalik).
Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita
disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada
juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia
menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan
seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role
model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt
didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada
diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula
menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
[Al-Ahzab - 21].
Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg
telah diajarkan oleh Rasulullah saw.
Ulasan
Catat Ulasan