Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

KEHEBATAN SOLAT TAHAJJUD-KISAH BENAR

Imej
BANTUAN ITU DATANG SETELAH SHALAT TAHAJJUD Hidayatullah.com–Petang menjelang maghrib beberapa hari lalu, istriku terlihat resah. Beberapa kali mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu. Raut wajahnya tampak kalut. Karena kehairanan saya pun bertanya kepadanya. “Ada apa juga umi. Dari tadi kelihatan bingung?”. “Anu, Abi. Beras di dapur sudah habis. Bingung besok tidak ada yang hendak dimasak,” jawabnya sambil menunjukkan karung beras yang sudah kosong melompong. Kekhawatiran istriku bisa dimaklumi. Pasalnya, jika besok tidak ada beras yang dimasak, maka tiga belas anak yayasan yang kami asuh terancam bakal tidak makan. Itu berarti, mereka akan berangkat sekolah dengan perut kosong. “Umi tenang saja, ya. Meski beras sudah tidak ada, tapi kita masih punya satu malam untuk shalat tahajud dan meminta kepada Allah,” kataku menenangkan dengan penuh kenyakinan. “Iya abi, umi yakin. Semoga saja Allah yang Maha Pemberi rezeki berkenan membantu kita,” harapnya mesk...

10 Amalan Rasulullah Yang Terpuji Sebagai Suami

Imej
Gambar Hiasan 1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. 2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’ 4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah men...

KENALI PEJUANG : UMAR AL MUKHTAR-DIA DI GELAR SINGA PADANG PASIR.

Imej
  Asy Syaheed Umar Al Mukhtar adalah simbol pembebasan Libya dan lambang kepahlawanan mujahiddin Libya. Umar Al Mukhtar di lahir kan pada tahun 1862 merupakan anak kepada Mukhtar Bin Ommar dan Aiesha binti Muhareb dari suku Boray dan Al Manfah. Ayah beliau meninggal dunia sewaktu ayahnya sedang mengerjakan Haji. Umar Al Mukhtar mendapa t pendidikan di Jaghboub dalam bidang Sains Islam selama 8 tahun. Pada tahun 1897 Umar Al Mukhtar di lantik oleh Sidi Al Mahdi sebagai Syeikh Zaywat Ali Aqour. Pada bulan Oktober 1911 Itali telah datang menjajah Libya. Pada ketika itu hidup rakyat Libya sangat sengsara akibat penindasan oleh penjajah. Di kenakan cukai tinggi dan di zalimi. Namun rakyat Libya bersungguh-sungguh berjuang mempertahankan Libya, tanah tumpah darah mereka. Mereka melakukan pelbagai cara untuk bangkit menentang walaupun dalam serba kekurangan dengan kelengkapan senjata yang kurang sempurna. Pada awal penjajahan, Italy memberi tumpuan penuh kepada tanah ...

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN

Imej
    Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.   Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling ...