Siapa yg Paling Cantik??
Siapa yang cantik? Awak cantik? Atau dia?
Kalau di
Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood,
Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia,
Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya
yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan
sebagai 'cantik'?
Cantik adalah
sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan
masing-masing.
Mungkin bagi
dia, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa
dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang
akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun
mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai
definisi cantik barat.
Kadang kala,
cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat
sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania,
Africa, the bigger the better.
Orang di barat
berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di
Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk
gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza
kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada
juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan
tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di
Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun
lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan
menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah
mendapat jodoh.
Di Sarawak
pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata
mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan
mereka.
Tapi kini,
generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah
terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi
cantik?
Di Mexico, kaum
wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun,
malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan
plastik.
Atau di Iran,
pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran
sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan
lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya
tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik
untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan
betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa
pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam
sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi
cantik,
bahkan, hukum
agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah
perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic
surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang
bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka
sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi
CANTIK.
Innallah
jamil, wa yuhibbu jamal:
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka,
apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Hal ini boleh
diterima, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi
cantik.
Allah
suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi,
mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di
mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada
manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu
kecil, seorang gadis pasti suka kelihatan cantik.
Kalau baju
pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat
rambut. Tapi kini, gadis tersebut bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada
dia, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya
kepada Pencipta.
Cantik
akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri
seorang wanita.
Wanita yang
cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna
mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi
tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak
perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan,
tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga
perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah
sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah
akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan
pandangan manusia.
Bersyukurlah
dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia
sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada
yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang
lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada
yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh
solehah.
Cantik
dimata manusia senang utk dicapai tetapi ape yg paling penting ialah kecantikan
di mata Allah SWT dari segi akhlak dan keimanan nye..
Sekian,
Teguran
dari seorng lelaki,
Wallahualam..
Ulasan
Catat Ulasan