5 Jenis Orang Anda Akan Jumpa Dalam Proses Menuju Kejayaan.


Bagaimana dengan Anda hari ini? Semoga membawa perubahan besar dalam hidup Anda. Masa berubah. Anda juga kena berubah seiring perubahan masa. Ilmu kena ditambah, usaha kena ditambah,barulah boleh mencapai tahap lebih baik dari yang sebelumnya. Jika kita tidak berubah, pasti kita tidak mencapai apa-apa. Sebabnya, kita tidak berubah.
Berusaha memperbaiki diri itu juga perubahan. Bila Anda tidak berubah, maknanya Anda tidak berusaha mengubah diri Anda.

Orang yang tidak mahu memperbaiki diri ada di mana-mana. Anda boleh kenali orang sebegini melalui dua cara:

1. Mereka suka mengkondem orang lain.

2. Mereka berusaha menjatuhkan orang lain yang sudah berjaya.

3. Mereka memburuk-burukkan orang yang bersemangat mahu berjaya.
Berikut adalah 5 jenis orang yang Anda akan jumpa dalam proses memburu kejayaan.
1.Orang tidak mahu berjaya, cukuplah sekadar biasa-biasa saja.

2.Orang mahu berjaya, tapi pernah gagal lalu jadi memandang negatif terhadap kejayaan. Inilah orang skeptik.

3.Orang yang sentiasa berfikir pasal kejayaan, tapi usahanya sedikit cuma.

4.Orang yang banyak usaha ke arah kejayaan, lepas satu diusahakan, dia usahakan lagi satu. Belum lagi mencapai kejayaan dari usaha yang dulu, dia sudah mula mengusahakan perkara baru. Tak ada fokus. Mahu mencapai berbagai kejayaan dalam satu masa. Main lompat-lompat. Akibatnya fokus lari, hasil tak nampak-nampak lagi. Duit dan tenaga habis gitu saja.

5. Orang bersemangat dan memberi komitmen tinggi pada apa yang diusahakan, tidak merubah fokus selagi belum benar-benar berjaya dalam perkara yang diusahakan olehnya. Inilah sikap orang berjaya!.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah