siapa sebenarnya Bashar Al-Assad yang membunuh Muslim Syria!
Pelbagai
spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti
kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan
Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad lebih "LIAT".
Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh 'Kuasa
Besar'.
Apa yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah
mahu meributkan lagi spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua
perilaku Si Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan
Qarun.
Kau lihat ini temanku :
Ada yang berkata, pemberontakan rakyat Syria ini ditaja
oleh Nato, EU, Amerika, Mossad bla bla bla...
Sedangkan inilah realitinya. Mari aku kongsikan lagi
kepada kalian.
Baca ini teman-teman, perkongsian dari pembantu khas
Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Khalid Hassan Al-Hindawi :
Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian
merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga
ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar
Al-Assad.
Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan
kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil
(zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal
selamanya.”
Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah
Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan
hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah
itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar
Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana
yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri
harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat
sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan
mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai
hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan
kanak-kanak.
Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah
ar-Ra’d ayat 17:
“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut
terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap
tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.”
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang
merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak
bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama
32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama
11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh
diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun
1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama
yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah
Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan
tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu
juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah
Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci
ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga
hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong
rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk
membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria,
kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga
menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya
Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong
golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria
sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang
cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma
dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya
mati dalam tahanan.
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang
dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan
masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada
wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di
Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi
beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya.
Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri?
Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan
untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan
memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak
menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan
bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati
syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun
mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai
revolusi.
Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan
negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel
sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat
mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden
tanpa diambil sebarang tindakan.
“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel
tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun
Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya
enam kilometer dari Bukit Golan.”
“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini
menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian
rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat
mereka tetapi penakut dengan Israel.
Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada
tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan
dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah
meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria
oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka
hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid
sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia
syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid;
atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan
Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang
Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk
mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria
menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan
Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.
Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab
utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di
negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng
dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu
ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya
meninggal dunia.
iti
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk
membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada
mereka:
"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan
anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami
isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak
kamu.”
Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari
bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta
demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak
Basyar berundur.
Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr
Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara
lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang.
Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam
dalam perspektif politik.
“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku
karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin.
Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat
Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan
sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang
kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang
solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan
mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di
Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan
membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”
Ulasan
Catat Ulasan