Catatan

Matikan lampu ketika tidur, tinjauan Sains dan pesanan Rasulullah SAW

Imej
by  Mohd Hanyzan Al Muari     Semakin malam semakin gelap tubuh kita akan merasa lelah dan mengantuk. Ini jelas wajar, sintesis dan sekresi hormon melatonin oleh kelenjar pineal meningkat seiring dengan semakinnya malam. Hormon inilah yang menyebabkan kita menjadi mengantuk di malam hari. Fungsi dari rasa kantuk adalah sebagai isyarat positif tubuh agar segera mengistirahatkannya. Hormon yang mempengaruhi irama sirkadian ini kemudian akan menyesuaikan sehingga terjadi penyegerakan antara kitaran tidur dengan kitaran pergantian siang dan malam di alam sekitar. Dari Jabir Bin Abdullah bahawasanya Rasulullah bersabda: "Matikanlah lampu-lampu diwaktu malam jika kamu hendak tidur, dan tutuplah pintu-pintu, bekas serta makanan dan minuman kalian. (HR. Bukhari dan Muslim) Seorang biolog, Joan Roberts mencari rahsia setelah melakukan percubaan pada haiwan. Ketika haiwan tersebut diberi cahaya buatan pada malam hari, melantonin nya...

ISRAILIYYAT: PENCERAMAH MENCEMARKAN AL-QURAN

Imej
oleh  Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA ) Melihat sesetengah penceramah televisyen atau di luar televisyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya, amatlah merisaukan hati. Sebahagian kisah-kisah yang disebutkan itu tidak mempunyai sebarang sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya adalah Israiliyyat. Lebih malang lagi, sebahagian kisah-kisah itu kelihatan seperti mitos atau kartun semata. Apabila ianya jika dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama wahyu yang agung dan berwibawa ini.   Secara umumnya Israiliyyat adalah kisah-kisah yang bersumberkan maklumat Yahudi atau Bani Israil. Bukan sedikit juga riwayat-riwayat tersebut yang terselit atau disebutkan dalam buku-buku umat Islam. Para ulama hadis sentiasa memperingatkan umat tentang bahaya ini. Banyak riwayat atau kisah Israiliyyat hanya mencema...

AYAT-AYAT BERPOLIGAMI

Imej
    Buat isteri isteri atau bakal bakal isteri, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai konsep poligami yang seharusnya diterima dengan hati terbuka. Perkongsian ilmu kali ini adalah hasil tulisan Dr. Yusuf Al -Qardhawi bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al Qur’an dan Sunnah , Cetakan Pertama Januari 1997, Citra Islami Press . Pintaku, bacalah dengan akal yang waras lagi rasional bersuluh iman, bukan emosi yang membutakan mata hati sehingga tak nampak apa yang indah di dalam isi. Poligami Orang-orang Kristian dan Orientalis menjadikan poligami ini seakan akan syiar dari syiar-syiar Islam, atau salah satu perkara yang wajib yang perlu untuk dilaksanakan. Ini adalah sesat kerana dalam kehidupan seorang Muslim itu berkahwin dengan seorang isteri yang menjadi penenteram dan penghibur hatinya, pendidik dalam rumah tangganya dan tempat untuk meluahkan isi hatinya. Dengan demikian terciptalah suasana yang tenang, mawaddah dan r...

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Imej
  ANALISA ISU oleh Mohd Sayuti Omar Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi. Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka. Mahathir, Ibrahim dan Sanusi: Tidak pernah diam kutuk Anwar. Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka...

Khutbah Aidil Adha Kelantan

Imej
  tidak masuk akal dan : Alhamdulillah, pada hari raya ini, kita dapat menyambut perayaan terbesar ummat dan haji ummat Islam di Makkatul-Mukaramah. Ibadat qurban ini adalah berkait rapat peristiwa pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS semata-mata kerana taat setia dan kepatuhan mutlak hanya kepada Allah SW. Islam, iaitu Idul- Adha, Hari Raya Qurban, bersempena ibadat qurban Baginda mengajar kita supaya tidak sekali-kali membantah perintah Allah, walau seberat mana sekalipun. Perintah menyembelih anak kesayangannya Ismail AS, yang tentu tidak masuk akal dan teramat berat, telah dilakukan dengan sepenuh penyerahan diri kepada Allah, tanpa apa-apa soal dan alasan. Allah SW telah mengabadikan kisah agong ini dlm ayat 103-107 surah As-Saafat yang maksudnya: “ Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat menjunjung perintah Allah, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dgn meletakan iringan mukanya mengiringi lambungnya untuk disembelih; Kami menyerunya : Wahai Ibrahim...