Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Hukum sambut tahun baru masihi bagi yang beragama islam!

Imej
by  Tengku Nizam   Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga. Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w. Apakah Tah...

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi

Imej
Soalan Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini? Jawapan Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.    Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.   Tidak dinafikan bahawa terda...

Siapa Ya'juj dan ma'juj

Imej
  SEDIKIT SEJARAH YA'JUJ DAN MA'JUJ Mereka adalah 2 bangsa manusia dari keturunan Nabi Nuh a.s. mereka seperti kita fizikalnya tetapi mempunyai tabiat dan sikap yg sangat ganas dan akan memakan dan meminum apa sahaja yg ada di hadapan mereka ,maklumlah mereka sudah terkurung lama di antara 2 gunung dlm tempoh yg terlampau lama sejak zaman Iskandar Zul Karnain iaitu zamanNabi Ibrahim a.s sehingga lah zaman pemerintahan Khalifah Islam yg terakhir di zaman ini iaitu Nabi Isa a.s . Mungkin ada sedikit kelainan dari segi fizikal diantara manusia yg bertamadun dengan mereka seperti berkulit kasar dan keras dan berkuku kuat dan tajam dan bergigi kuat dan kukuh , ini boleh diqiaskan dari keupayaan mereka mengorek lubang tembok yg di bina oleh Iskandar Zulkarnain r.a . Mereka manusia yg sangat primitif dan tidak bertamadun . Sehinggakan bahasa yg diucapkan oleh mereka , manusia lain tidak dapat memahaminya. Mereka hanya memakai pakaian yg hanya menutup kemaluan me...

Kenikmatan memiliki iman yang sebenar

Imej
  Kenikmatan memiliki iman yang sebenar merupakan cita-cita mulia setiap orang hamba Allah. Tetapi ramai yang merasa hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggung jawap fardu sahaja, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya? Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh kepada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah telah berfirman di dalam hadits qudsi yang bermaksud: “Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Hadis di atas jelas ...

Hati yang sedar, Hati yang lalai

Imej
ihsan cahayamukmin.blogspot.com   Allah tidak memandang kepada kekayaan, kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas. Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasut, benci,takabbur, riak dan ujub. Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran, berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul, merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehiupan umat Islam hari ini. Ketahuilah sahabat yang dikasihi semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka yang faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak per...

Kedudukan Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki atau wanita yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang ya...

Sebelum Berakhir

Imej
  MASA sangat cepat berlalu. Antara sedar dan tidak sedar, sudah satu setengah tahun Edisi Ketiga ini diterbitkan di ruang maya. Sepanjang tempoh itu, anda yang kerap membaca di blog ini telah diberikan banyak input untuk memahami setiap inci yang berlaku di luar sana. Andai tidak berdaya memahami sampai ke dasar, sebilangan besar sudah pasti mampu memahami setiap ‘kocakan’ yang berlaku di permukaan air. Input-input pemahaman seperti dalam siri Mind Game , memberi beberapa petunjuk asas mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh sebilangan manusia untuk melemahkan dan seterusnya menguasai minda anda. Minda anda sangat senang untuk diperlemahkan. Semudah memetik jari. Kecelaruan demi kecelaruan dipaksa masuk ke dalam minda anda dan akhirnya anda menjadi orang-orang yang mudah terpedaya. Apabila anda diberikan beberapa atau sesuatu pernyataan, anda seterusnya akan diperdayakan dengan cara diberikan penerangan yang jauh menyimpang daripada konteks pernyataan...

Istidraj

Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya. Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai: 1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir. Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah: “Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44) 2. Makar: Dalam Al Qur’an disebutkan: “Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99) Allah berfirman: “Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan” ...

Surat Peringatan Rasulullah SAW buat Para Pemerintah yang Memiliki Kekuasaan

Imej
  Madinah - Ketika mengurusi politik luar negara, Rasulullah SAW telah mengirimkan surat-surat diplomatik, melalui utusan diplomatik baginda yang mana kandungannya mengajak pemimpin dan rakyat negara lainnya untuk memeluk agama Islam. Sebagai ketua Negara, Rasulullah SAW adalah Amirul Jihad (ketua/pemimpin perang) dalam pelbagai pertempuran dan mengangkat beberapa orang sahabat baginda sebagai Komandan di dalam beberapa peperangan. Baginda mengutus Hamzah bin Abdul Muthalib dan sahabat lainnya dalam pasukan perang menyerang Quraisy, mengutus antara lain Zaid bin Haritsah menyerang Rom, Khalid bin Walid menyerang Dumatul Jandal dan banyak lagi. Kesemua hal ini hanya boleh/layak dilakukan oleh seorang Ketua Negara dan semua fakta ini merupakan hakikat yang tidak boleh dibantah bahawa Madinah adalah sebuah Negara Islam dengan Ketua Negaranya adalah Rasulullah SAW. Bermula dari hijrah Rasulullah SAW yang keluar dari Negara Kufur menuju tegaknya Negara Islam, agama Islam ya...