Tentera Panji Hitam



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Afghanistan = Khorasan = Panji Hitam


Seperti mana yang kta tahu Afghanistan adalah sebuah negara Islam dan miskin. Negara ini sering diperangi oleh Barat dengan alasan "pusat penganas". Antara isu yang paling panas adalah "Taliban", Al Qaeda dan "Osama Bin Laden"..

Imbas kembali sejarah Afghanistan yang pertama kali diserang dalam zaman moden ini oleh kekuatan tentera Kesatuan Soviet pada 25 Disember 1979 dan setelah hampir selama hampir 10 tahun berperang akhirnya pada 15 Februari 1989 Kesatuan Soviet menyerah KALAH?

Kalau difikirkan oleh logik akal fikiran, Kesatuan Soviet yang begitu hebat dari segi teknologi ketenteraan dengan jumlah tenteranya yang begitu ramai pasti dengan mudah dapat menghancurkan Afghanistan.

Tapi keadaan sebaliknya yang berlaku..kerajaan Afghanistan adalah pro Kesatuan Soviet tetapi golongan Taliban anti Kesatuan Soviet dengan dibantu oleh USA (CIA) dan watak dicipta Osama Bin Laden (pemimpin Taliban).
Setelah Taliban berjaya menggulingkan kerajaan mereka, akhirnya USA cuba menerapkan kehidupan moden barat dengan misi 'New World Order' (yang sebenarnya mereka telah ketahui/mengkaji/belajar hadis-hadis Rasulullah SAW mengenai tentera Imam Mahdi).



Tetapi akibat teguhnya pegangan Islam dalam hati, diri dan kehidupan Taliban, mereka berpaling tadah untuk menentang USA. Watak Osama Bin Laden yang dulunya bekerjasama dengan CIA akhirnya memimpin Taliban untuk menentang USA dan akhirnya USA telah mencipta Osama Bin Laden yang kedua yang kita sering lihat di media massa dengan al Qaeda sebagai pusat pengganas.



Sekiranya anda mengatahui kebenaran Osama Bin Laden pasti anda tahu membezakan Osama melalui dua perkara iaitu fizikal (ketinggian) dan penampilan (jam & cincin).
Taliban adalah golongan pilihan Allah SWT yang akan berjuang menegakkan Khalifah dan seterusnya Khilafah di atas muka bumi ini. Mereka lah pejuang-pejuang Imam Mahdi yang turut disertai oleh Bani Tamin, Bani Hasym dan beberapa lagi bani lain yang menuju ke Baitumuqaddis.


Taliban adalah Pashtuns iaitu kaum berketurunan Nabi Harun a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Ishaq yang berasal dari Israel yang hilang haluan setelah negara Israel yang dicipta oleh Nabi Daud a.s. hancur & mereka diusir keluar dari Tanah Suci oleh Allah SWT akibat sebahagian daripada mereka tidak beriman/bersyukur kepada Allah SWT. Hadis Rasulullah SAW:

"Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya"

(At-Tarmizi)



"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji"

(Al-Hafiz Abu Naim)



"Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah)

Terdapat sangat banyak hadis yang menyebut tentang Imam Mahdi sehingga para ulamak menganggapnya sebagai salah satu daripada hadis yang sampai ke peringkat “tawatur ma’nawi”. Ada diantara tokoh hadis menyebutkan bahawa bilangan hadis yang menyebutkan tentang Mahdi itu melebihi 50 hadis, sementara yang lain pula ada mengatakan melebihi 90 hadis selain daripada atsar para sahabat.


Di antara sahabat dan tabi’in yang dipastikan telah meriwayatkan hadis tentang Mahdi ini ialah:

(1) Sayyidina Uthman bin Affan r.a.
(2) Sayyidina Ali r.a.
(3) Abdullah bin Abbas r.a.
(4) Abdullah bin Umar r.a.
(5) Talhah bin Ubaidillah r.a.
(6) Abdullah bin Mas’ud r.a.
(7) Abu Hurairah r.a.
(8) Abu Sa’id Al Khudri r.a.
(9) Anas bin Malik r.a.
(10) Ummu Habibah r.a.
(11) Ummu Salamah r.a.
(12) Tsauban r.a.
(13) Abdullah bin Al Harits bin Jaz’in r.a.
(14) Jabir bin Abdullah r.a.
(15) Abdur Rahman bin ‘Auf r.a.
(16) Huzaifah bin Al Yaman r.a.
(17) Abu Umamah r.a.
(18) ‘Auf bin Malik r.a.
(19) Qurrah Al Muzany r.a.
(20) Ammar bin Syu’aib r.a. dari ayahnya daripada datuknya.
(21) Ali Al Hilaly r.a.
(22) Sa’id bin Musayyab r.a.
(23) Qatadah r.a.
(24) Syahr bin Hausyab r.a. dan lain-lain lagi.


Hadis-hadis yang diriwayatkan ada yang bertaraf sahih, ada hasan dan ada yang dha’if

(lihat At Ta’liqu As Shahih ‘Ala Misykat Al Mashaabih–J.6,ms.197–karangan Maulana Muhammad Idris Khandahlawi).



Sementara tokoh-tokoh yang meriwayatkan hadis-hadis tentang Al Mahdi secara terang dan jelas dengan menyebutkan nama atau gelaran “Al Mahdi” di dalam kitab mereka pula ialah seperti berikut:

(1) Imam Abu Daud w. 275h
(2) Imam Tirmizi w. 279h
(3) Ibnu Majah w. 273h
(4) Abdur Razzak bin Hammam bin Nafi’ w. 211h
(5) Haakim w. 405h
(6) Imam Ahmad w. 241h
(7) Imam Abu Bakr Al Bazzar w. 292h
(8) Imam Abu Bakr bin Abi Syaibah w. 235h
(9) Abul Qassim At Tabaraani w. 360h
(10) Abu Ya’la Al Maushili w. 307h dan lain-lain.
(Maulana Muhammad Badri Alam Mirthi – Tarjuman As Sunnah j.4 ms. 337)


Di bawah akan diperturunkan beberapa hadith yang diriwayatkan oleh mereka yang tersebut itu:



1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bagaimana agaknya kamu bila Isa Ibnu Maryam turun di antaramu dan pada ketika itu imam kamu adalah salah seorang daripada kamu”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)



2. Dari Jaabir katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Akan ada di akhir ummatKu seorang khalifah yang mengaut harta dengan banyak (untuk diberikan kepada orang ramai) dan tidak membilangnya sama sekali”.

(Hadith Riwayat Muslim)



3. Dari Ibnu Mas’ud secara marfu’ bahawa, Rasulullah SAW bersabda:

“Sekiranya tidak tinggal kecuali hanya sehari sahaja daripada umur dunia ini nescaya Allah SWT memanjangkan hari itu untuk menghantarkan padanya seorang lelaki dariku (dari ahli keluargaku) yang mana namanya sama dengan namaKu dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


4. Dari Ummu Salamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Al Mahdi itu adalah daripada ahli keluargaku dari anak cucu Fatimah”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)



5. Dari Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah SAW bersabda:

“Mahdi itu adalah daripadaku, luas dahinya, tinggi dan halus hidungnya, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Ia akan berkuasa selama tujuh tahun”.

(Hadith Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)


6. Sayyidina Ali pernah memandang kepada anaknya seraya berkata:



“Sesungguhnya anakku ini adalah penghulu sebagaimana telah dikatakan oleh Rasulullah SAW kepadanya (Al Hasan)”



“Daripada keturunannya akan lahir seorang yang dinamakan dengan nama Nabi kita. Ia menyerupai Baginda pada budi pekertinya dan tidak menyerupainya pada rupa parasnya”.

(Hadith Riwayat Abu Daud)



7. Abu Daud meriwayatkan daripada Ali r.a. daripada Nabi SAW sabda Baginda:

“Sekiranya hanya tinggal sehari sahaja dari umur dunia ini pasti Allah akan menghantar seorang daripada ahli rumahku, ia akan memenuhi dunia ini dengan keadilan sebagaimana dunia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman”.

(Hadith Riwayat Abu Daud – Kitab Al Mahdi j.2 ms. 232)



8. Abu Daud meriwayatkan daripada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi SAW daripada Nabi SAW sabda Baginda:

“Akan berlaku perselisihan ketika matinya seorang khalifah, ketika itu akan keluarlah seorang penduduk Madinah lari ke Makkah lalu ia didatangi oleh penduduk Makkah. Mereka mengeluarkannya dengan memaksa lalu berbai’ah kepadanya (untuk menentang) satu pasukan tentera daripada Syam. Tentera itu ditelan oleh bumi di satu kawasan padang pasir antara Makkah dan Madinah. Bila perkara itu dilihat oleh orang maka ia didatangi oleh ‘Abdal Syam dan beberapa kumpulan dari Iraq untuk berbai’ah dengannya. Kemudian muncul seorang pemuda daripada Quraisy. Bapa saudara sebelah ibunya daripada qabilah Kalb yang akan menghantar tentera untuk menentang orang itu (Al Mahdi) tetapi tenteranya (Al Mahdi) dapat mengalahkan mereka. Kerugian bagi orang yang tidak menyaksikan harta ghanimah qabilah Kalb. Dia (Al Mahdi) akan membahagikan harta ghanimah itu dan beramal mengikut sunnah Nabi mereka di kalangan manusia. Ketika itu Islam tersebar dengan luas. Dia akan memerintah selama tujuh tahun kemudian wafat dan jenazahnya disembahyangkan oleh orang-orang Islam. Abu Daud berkata: “Setengah perawi meriwayatkan daripada Hisyam sembilan tahun, setengah perawi pula meriwayatkan tujuh tahun”.

(Hadith Abu Daud j.2 ms.232)

9. Tirmizi meriwayatkan daripada Abi Sa’id Al Khudri katanya:
Kami bimbang akan berlaku sesuatu fitnah sesudah kewafatan Nabi kami, kerana itu kami bertanya Nabi SAW, sebagai menjawab Nabi SAW berkata:

“Sesungguhnya di kalangan ummatKu ada Al Mahdi. Ia akan muncul, dia akan hidup selama lima atau tujuh atau sembilan”. Zaidlah yang ragu.

Berkata Abu Sa’id kami bertanya:
“Apakah yang dimaksudkan lima, tujuh atau sembilan itu?

“Rasulullah SAW menjawab,
“Tahun”.

Kemudian Rasulullah SAW menceritakan:
“Orang datang kepadanya seraya berkata: “Wahai Mahdi! Berikan kepada saya”. Maka dapat dia mengaut harta dengan tangan dan diisi ke dalam kain orang itu sebanyak yang termampu dibawanya”.
(Hadith Tirmizi j.2 ms.45 Bab Kemunculan Mahdi)
10. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas’ud katanya: “Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba dalam beberapa orang anak muda dari Bani Hasyim. Bila mereka dilihat oleh Rasulullah SAW berlinanglah air matanya dan berubahlah air mukanya langsung kami bertanya, “Kami adalah ahli keluarga yang Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku nanti akan menghadapi berbagai-bagai ujian, pengusiran dan penghalauan sehingga datang dari pihak Timur bersama mereka bendera-bendera hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan maka mereka berperang sehingga mendapat kemenangan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak mahu pula sampailah mereka berikan bendera itu kepada seorang pemuda dari keluargaku. Ia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana mereka (penduduk dunia) memenuhinya dengan kezaliman. Sesiapa yang sempat bertemu dengan mereka maka hendaklah ia datang kepada kumpulan itu walaupun dalam keadaan mengengsot di atas salji.”
(Sunan Ibnu Majah ms 299)

11. Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Mahdi itu adalah dari ahli keluargaku. Allah SWT akan melayakkannya hanya dalam satu malam.”
(Sunan Ibnu Majah) Hadith riwayat Ibnu Majah ini juga dikemukakan oleh Tarmizi, Abu Daud dan Hakim.

12. Hakim meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Nanti akan keluar seorang yang dipanggil “Sufyani” dari tengah Damsyik. Kebanyakan yang mengikut mereka ialah dari qabilah Kalb. Dia akan membunuh orang sehingga membelah perut perempuan dan membunuh kanak-kanak. Maka berhimpunlah qabilah Qais untuk menentang mereka. Qabilah Qais dikalahkan sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka. Ketika itu keluar seorang dari ahli rumahku di Harrah. Berita kemunculannya akan sampai kepada Sufyani maka Sufyani dan bala tenteranya pergi untuk menyerangnya. Di satu padang pasir mereka ditelan oleh bumi dan tidak terselamat seorang pun dari mereka kecuali seorang yang menceritakan tentang mereka.”
(Ini hadith sahih mengikut syarat Bukhari dan Muslim tetapi mereka berdua tidak mengemukakan di dalam kitab masing-masing) (Mustadrak Hakim j.4 ms 250)
13. Hakim meriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. katanya,
Akan berlaku fitnah yang mana daripada fitnah itulah lahir seorang manusia sebagaimana lahirnya emas di lombong. Oleh itu janganlah kamu memaki penduduk Syam. Tetapi makilah orang-orang yang zalim dari mereka kerana di kalangan mereka ada Abdal. Allah akan melepaskan hujan ke atas mereka sehingga menenggelamkan mereka dan mereka menjadi lemah sehingga mereka dapat dikalahkan oleh musang-musang. Ketika itu Allah akan menghantarkan seorang dari keluarga Rasulullah SAW bersama 12,000 tenteranya jika mereka sedikit dan 15,000 jika mereka banyak. Tanda atau alamat mereka ialah “amt-amt”. Mereka akan berperang di bawah 3 panji-panji dan dilawan oleh tentera-tentera di bawah 7 panji-panji. Setiap panglima yang memimpin tentera di bawah panji-panji itu tamakkan kerajaan. Mereka akan berperang kemudian akan dikalahkan. Kemudian Allah akan melahirkan seorang dari keturunan Bani Hasyim. Dengan itu Allah mengembalikan kemesraan kehidupan penuh nikmat kepada manusia. Mereka terus berada dalam keadaan itu sampailah keluar dajjal.”
(Mustadrak Al-Haakim j.4 ms 553). Di dalam riwayat ini walaupun tidak disebutkan nama dengan jelas tetapi dari riwayat Sayyidina Ali r.a. juga dikemukakan oleh Abu Daud (j.2 ms.232) dan Tirmizi (j.2 ms.16) ada disebutkan nama atau gelaran orang yang diutuskan oleh Allah SWT itu dengan jelas.

14. Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya, “Kami pernah berada di samping Ali r.a. lalu ada seorang bertanya beliau tentang Al Mahdi. Maka Sayyidina Ali r.a. berkata, “Jauh.” Kemudian dia melipat jarinya 7 dan berkata, “dia akan keluar di akhir zaman ketika mana seorang yang berkata, “Allah! Allah!” dibunuh. Allah menghimpunkan satu golongan yang bertompokan seperti awan. Allah memesrakan di antara hati mereka. Mereka tidak takut dengan sesiapa dan tidak gembira dengan sesiapa pun. Dia masuk menemui mereka seramai bilangan ahli Badr. Orang-orang dahulu tidak mendahului mereka dan orang-orang kemudian tidak mendapat kedudukan mereka. Bilangan mereka juga seramai pengikut Thalut yang menyeberangi sungai bersamanya.”
(Mustadrak Al-Hakim j.4 ms. 554)
15. Daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Qiamat tidak akan berlaku selagi bumi tidak dipenuhi dengan kekejaman dan kederhakaan. Kemudian keluar dari ahli rumahku orang yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelumnya ia di penuhi dengan kezaliman dan kederhakaan.”
(Mustadrak Haakim j.4 ms.557)
Riwayat yang sama tersebut dalam Sunan Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah. Walaupun nama atau gelaran tidak tersebut dengan jelas namun ulamak hadith memasukkan hadith ini di bawah Bab Al Mahdi. Para pensyarah hadith juga mengatakan yang dimaksudkan dengan “orang itu” dalam hadith itu ialah “Al Mahdi.”

16. Diriwayatan daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya, “Rasulullah SAW bersabda,
“Al Mahdi itu adalah dari kalangan kami Ahlul Bkait”. Hidungnya mancung bongkok, dahinya luas. Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana dunia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Dia hidup selama (sambil) Baginda Rasulullah SAW membuka jari sebelah kiri dan dua jari sebelah kanan iaitu jari telunjuk dan jari tengah dan melipatkan jari daripadanya.”
(Mustadrak Hakim j.4 ms.557)

17. Daripada Abu Sa’id Al Khudri katanya Rasululah SAW bersabda,
“Bala akan menimpa ummat ini sehingga seseorang tidak akan mendapati satu pun tempat perlindungan daripada kezaliman. Ketika itu Allah SWT akan menghantar seseorang dari keturunanku dari ahli rumahku. Allah s.w.t. akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelum itu bumi telah dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Penghuni bumi dan penghuni langit senang dengannya. Langit tidak akan menahan titisannya sedikitpun melainkan akan dicurahnya melimpah ruah. Bumi tidak akan menahan sedikitpun airnya melainkan akan dikeluarkannya sehingga orang-orang yang hidup berkata, “Kalaulah orang-orang yang telah mati ada bersama mereka! Dia akan hidup selama 7 tahun atau 8 atau 9 tahun.”
(Musannaf Abdul Razak j.11 ms.372)
18. Diriwayatkan daripada Ibn Sirin daripada Abi Al Jalad katanya,
Fitnah akan berlaku kemudian akan disusuli oleh fitnah yang lain pula. Fitnah yang kemudian lebih hebat daripada sebelumnya, bagaikan cemeti disusuli mata pedang. Kemudian berlaku pula satu fitnah yang lain. Ketika itu tidak ada satu pun perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t. melainkan dihalalkan. Kemudian manusia akan berhimpun pada orang yang paling baik di antara mereka iaitu seorang yang tandanya akan datang kepadanya dengan mudah (dengan sendiri) ketika mana dia berada di rumahnya.” Perawi-perawi hadith ini semuanya tsiqah.
(Musannnaf Abdul Razzak j.11 ms.372)

19. Daripada Jaabir bin Abdillah katanya,
“Ada seorang imam akan memimpim (di akhir zaman nanti). Dia tidak mengira (membilang) wang yang diberikan kepada orang ramai tetapi mengaut (wang untuk diberikan kepada mereka).”
(Ibid j.11 ms.372) Hadith ini sahih. Maulana Habiburrahman A’zami di dalam hasyiahnya menulis bahawa hadith ini dikeluarkan oleh Al Bazzar dan Muslim daripada Abi Sa’id dan Jabir. Walaupun hadith ini mauquf tetapi ulamak hadith sepakat mengatakan sesuatu yang tidak dapat ditanggap dengan qias diceritakan oleh sahabat adalah menyamai hadith marfu’ atau dikira sebagai hadith marfu’ apalagi jika dilihat bahawa hadith ini ada diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al Khudri secara marfu’ juga kendatipun tidak disebutkan nama atau gelaran di dalam hadith tersebut tetapi tindakan Abdul Razzak, Muslim dan lain-lain memasukkan hadith ini dalam Bab Kemunculan Mahdi maka ia menunjukkan bahawa lafaz “Imam” yang dimaksudkan didalam hadith ini ialah Al Mahdi.

20. Diriwayatkan daripada Ali bin Abdillah bin Abbas katanya,
“Al Mahdi tidak akan muncul selagi tidak terbit sesuatu tanda bersama matahari.”
(Ibid j.11 ms.373)
21. Abu Sa’id Al Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Terimalah berita gembira denngan kedatangan Al Mahdi. Ia adalah dari Quraisy dari anak cucuku. Dia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku. Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kekejaman. Penghuni bumi dan langit senang dengannya. Dia akan membahagikan-bahagikan harta dengan adil dan sama rata. Dia akan memenuhi hati manusia dengan rasa puas hati dan akan mengisi mereka dengan keadilan sehingga dia menyuruh orang yang menyeru, menyerukan, “Setiap yang ada hajat datanglah kepadaku.” Maka tidak ada yang datang melainkan seorang sahaja. Orang itu pun pergi meminta (sesuatu) darinya. Dia lantas berkata, “Pergilah kepada penjaga gedung untuk diberikan olehnya kepadamu.” Orang itu pun pergilah kepada penjaga gedung dan berkata, “Saya dihantar oleh Al Mahdi kepadamu untuk diberikan harta.” Penjaga gedung itu pun berkata, “Kautlah!” Orang itu pun terus mengaut tetapi tidak berdaya membawanya langsung ia meletakkan dan membawa sekadar yang termampu olehnya. Dia pun keluar. Setelah keluar dia menyesal dan berkata, “Akulah orang yang paling tamak dari ummat Muhammad ini. Semua orang dipanggil untuk mengambil harta tetapi tiada sesiapapun selainku mengambilnya. Maka dia mahu mengembalikannya kepada penjaga gedung harta yang diambilnya. Penjaga gedung itu pun berkata, “ Bila kami memberikan sesuatu kami tidak akan mengambilnya lagi.” Dia (Al Mahdi) hidup dalam keadaan ini selama 7 atau 8 atau 9 tahun dan tidak ada kelebihan lagi kehidupan sesudahnya.”
(Mudtakhab Kanzul Ummal di tepi Musnad Imam Ahmad j.6 ms.29)

22. Daripada Tsauban katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Bila kamu lihat panji-panji hitam dari pihak Khurasan maka pergilah kepadanya kerana di situ ada Khalifah Allah Al Mahdi.”
(Ibid j.5 ms.177)
23. Rasulullah SAW bersabda,
“Sesudahku ada beberapa orang khalifah dan sesudah beberapa orang khalifah itu akan ada beberapa orang Amir, sesudah Amir itu akan ada beberapa orang Raja dan sesudah beberapa orang Raja itu akan ada beberapa orang Diktator. Kemudian akan keluar seorang dari ahli rumahku. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana ia sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Selepasnya akan memerintah seorang Qahthaaniy maka demi Tuhan yang mengutuskan daku dengan sebenar! Tidaklah ia kurang daripadanya (Al Mahdi).”
(Ibid j.6 ms.300)

24. Rasulullah SAW bersabda,
“Seorang lelaki akan dibai’ahkan di antara Rukun dan Makam. Baitullah ini tidak akan dihalakan oleh sesiapa pun untuk berperang padanya. Bila manusia menganggap halal berperang padanya, maka semua akan binasa. Kemudian akan datang orang Habsyah, mereka semua akan merobohkan Baitullah ini sehingga tidak dapat dibangunkan lagi buat selama-lamanya. Merekalah yang mengeluarkan gedungnya.”
(Ibid j.6 ms.32)

25. Daripada Ali r.a. katanya,
“Al Mahdi tidak akan muncul selagi sebahagian kamu tidak meludah ke muka sebahagian yang lain.”
(Ibid j.6 ms.33)
26. Daripada Ali r.a katanya,
“Bila keluar tentera Sufyaani di Kufah maka ia akan dihantar untuk mencari penduduk Khurasan dan orang-orang Khurasan yang akan keluar mencari Al Mahdi. Mereka akan bertemu dengan kumpulan yang menjulang panji-panji hitam dan bertemu dengan Al Hasyimi. Pasukan tentera itu akan dikepalai oleh Syu’ib bin Soleh. Peperangan di antara Hasyimi dan Sufyaani akan berlaku di pintu Istakhar dengan hebat sekali tetapi akhirnya kumpulan bendera hitam dapat mengalahkan tentera Sufyaani. Tentera Sufyaani akan cabut lari. Pada ketika itu ramai orang yang mencita-citakan Al Mahdi dan mereka mencarinya.”
(Ibid j.6 ms33)

27. Daripada Ali r.a. katanya,
“Al Mahdi itu adalah seorang pemuda Quraisy yang berkulit putih kemerahan dan bertubuh kemas.”
(Ibid j.6 ms.24)

28. Daripada Ali r.a katanya,
“Akan dihantar tentera ke Madinah. Mereka akan menangkap keluarga Nabi s.a.w. dan akan dibunuh ramai daripada lelaki dan perempuan Bani Hasyim. Ketika itu Al Mahdi dan Mubayyidh akan lari dari Madinah dan Mekah.”
(Ibid j.6 ms.33)
29. Imam Ahmad, Tirmizi dan Nu’aim bin Hammad menukilkan dari Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Akan keluar daripada Khurasan panji-panji hitam. Tidak ada satu apa pun akan dapat menahannya sampailah panji-panji itu dipacak diatas Ilya’.”
(Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.60)

30. At Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Al Ausath daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW pernah memegang tangan Ali r.a. seraya berkata,
“Akan keluar dari sulbi dia ini (dari keturunannya) seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan. Bila kamu lihat keadaan itu hendaklah kamu ikuti pemuda At Tamimi. Dia akan datang dari Timur dan dialah yang memegang bendera Al Mahdi.”
(Ibid j.2 ms.62)

31. Abu Nua’im meriwayatkan daripada Jaabir katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Isa anak Maryam akan turun. Maka berkatalah pemimpin mereka, Al Mahdi, “Silalah menjadi imam sembahyang untuk kami!” tetapi Nabi Isa berkata, “Sesungguhnya sebahagian kamu adalah pemimpin kepada sebahagian yang lain (Baginda menyatakan begitu sebagai menyatakan penghormatan Allah kepada ummat ini)”.
(Ibid j.2 ms.64)
32. Ibn Majah, Ar Ruyani, Ibn Khuzaimah, Abu ‘Awaanah, Haakim dan Abu Nua’im meriwayatkan daripada Abi Umamah katanya, “Pernah Rasulullah SAW berucap di hadapan kami. Baginda menyebutkan dajjal dan juga bahawa Madinah akan menolak kekotoran daripadanya sebagaimana penyembur api menolak kotoran daripada besi, hari itu dipanggil hari pembersihan. Ummu Syarik bertanya “Di manakah oramg-orang Arab pada masa itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Mereka pada masa itu sedikit dan Imam mereka ialah Al Mahdi, seorang lelaki yang soleh. Sedang Imam mereka tampil ke hadapan untuk menjadi Imam sembahyang Subuh tiba-tiba turun kepada mereka Isa Ibn Maryam pada waktu subuh itu. Imam itu pun undur kebelakang supaya Isa tampil ke hadapan (untuk menjadi imam). Maka Isa pun meletakkan tangannya diantara dua belikat Imam itu kemudian berkata kepadanya, “Pergilah ke hadapan dan imamkanlah sembahyang kerana iqamat tadi untukmu. Maka Imam mereka itulah yang menjadi imam sembahyang kepada mereka”.
(Ibid j.2 ms.65)

33. Daraqutni menukilkan dalam sunannya daripada Muhammad bin Ali katanya,
“Sesungguhnya Mahdi kita itu mempunyai dua tanda yang tidak pernah terjadi semenjak Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi. Bulan gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan kemudian matahari pula gerhana pada pertengahan bulan Ramadhan itu. Kedua-dua tanda ini tidak pernah berlaku semenjak Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi”
(Sunan Ad Daraqutni j.2 ms.65)
34. Abu Nua’im meriwayatkan dari Abi Umamah katanya, Rasulullah SAW bersabda,
“Di antara kamu dan orang-orang Rum akan berlaku 4 kali perdamaian. Pada kali keempatnya berlaku di tangan salah seorang daripada keluarga Hiraqlu. Perjanjian itu berterusan selama 7 tahun”.

Ada seorang sahabat bertanya Rasulullah SAW,
“Wahai Rasulullah! Siapakah Imam orang ramai (orang Islam) pada hari itu?”

Rasulullah SAW menjawab,
“Al Mahdi daripada anak cucuku. Dia berumur 40 tahun, mukanya bagai bintang yang bersinar-sinar, di pipi sebelah kanannya terdapat tahi lalat hitam, dia memakai dua jubah Qatwaniyyah bagaikan pemuda Bani Israel. Dia mengeluarkan gedung-gedung dan menakluk negeri-negeri syirik”.
(Al Hawi Li Al Fatawi j.2 ms.66)
35. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Muhammad bin Al Hanafiyyah katanya,
“Akan keluar panji-panji hitam anak cucu Al Abbas. Kemudian keluar daripada Khurasan panji-panji hitam yang lain. Songkok mereka hitam, pakaian mereka putih. Mereka dipimpin oleh pemuda yang dipanggil Syua’ib bin Soleh daripada Bani Tamim. Mereka akan mengalahkan tentera Sufyaani sehinggalah sampai ke Baitulmaqdis. Dia meratakan jalan untuk kekuasaan Al Mahdi dan membantunya dengan 300 orang tentera daripada Syam. Jarak masa di antara keluarnya dengan masa ia menyerahkan kepimpinan kepada Al Mahdi ialah 72 bulan.”
(Ibid j.2 ms.68)

36. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Alqamah katanya,
“Akan keluar membawa panji-panji Al Mahdi seorang anak muda, nipis janggutnya, kuning warna kulitnya. Jika dia memerangi gunung akan bergoyanglah gunung hingga sampai ke Ilya’ (di Palestin).”
(Ibid j.2 ms.68)

37. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Sayyidina Ali r.a. katanya,
“Bendera-bendera akan keluar untuk memerangi tentera Sufyaani. Di kalangan mereka ada pemuda Bani Hasyim. Di tapak tangan kirinya ada tanda. Tenteranya diketuai oleh seorang dari Bani Tamim dipanggil Syua’ib bin Soleh. Dia akan mengalahkan tentera-tentera Sufyaani”.
(Ibid j.2 ms.69)
38. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud katanya,
“Bila terhenti perdagangan dan jalan-jalan fitnah banyak berlaku, akan keluarlah 7 orang ulamak dari pelusuk dunia yang berlainan (tempatnya) dengan tidak berjanji. Setiap orang dari mereka dibai’ahkan oleh 300 dan belasan orang lelaki sehinggalah mereka berjumpa di Mekah. Maka bertemulah 7 orang itu. Sebahagian mereka bertanya kepada sebahagian yang lain,

“Apakah yang membuatkan kamu datang ke sini?”

Mereka berkata,
“Kami datang mencari orang yang sepatutnya fitnah-fitnah ini tenang di tangannya dan Konstantiniyyah akan ditaklukinya. Kami mengenalinya dengan namanya, nama ayahnya, nama ibunya dan tenteranya. Maka ketujuh orang ulamak itu bersepakat di atas perkara tersebut.

Mereka pun mencarinya dan menemuinya di Mekah. Mereka berkata kepadanya,
“Engkaulah fulan bin fulan?”

Dia menjawab “Tidak; Bahkan saya adalah daripada Ansar”.

Sehinggalah dia melepaskan diri dan lari daripada mereka. Tujuh orang ulamak itu pun menggambarkan sifat-sifatnya kepada orang-orang yang mengetahui tentangnya dan mengenalinya, maka dikatakan,

“Itulah orang yang kamu cari! Dia sudah pergi ke Madinah”.

Mereka pun pergi mencarinya di Madinah tetapi dia melarikan diri pula.

Mereka datang pula ke Mekah mencarinya dan menemuinya lalu berkata,

“Engkau fulan bin fulan?
Ibumu fulanah binti fulan?

Padamu ada tanda begini….begini….engkau telah melarikan diri daripada kami sekali.

Sekarang hulurkanlah tanganmu untuk kami berbai’ah denganmu.” Dia berkata,
“Aku bukan orang yang kamu cari itu!” Sehingga ia melarikan diri daripada mereka.

Mereka mencarinya semula di Madinah, dia pula datang ke Mekah. Kemudian mereka menemuinya di Mekah dekat Rukun dan Maqam. Mereka pun berkata kepadanya,

“Engkaulah tangggung dosa kami dan darah-darah kami dipikul olehmu jika engkau tidak hulurkan tanganmu untuk kami berbai`ah denganmu. Ini tentera-tentera Sufayaani telahpun menghadap untuk mencari kita. Mereka dipimpin oleh seorang lelaki daripada Hiram”.

Maka dia pun duduk di antara Rukun dan Makam Ibrahim serta menghulurkan tangan lalu dibai’ahkan kepadanya. Ketika itu Allah campakkan perasaan kasih sayang kepadanya di dalam hati manusia dan dia pun bersama golongan yang bagaikan singa-singa di waktu siang dan bagaikan rahib-rahib di waktu malam.”
(Ibid j.2 ms.72)
39. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Abi Thufail bahawa Rasulullah SAW menggambarkan sifat Al Mahdi. Baginda SAW menyebutkan bahawa terdapat sedikit kegagapan pada lidahnya. Bila dia terlambat untuk mengatakan sesuatu (kerana gagap) dia akan memukul peha dengan tangan kanannya. Namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku.”
(ibid j.2 ms.73)

40. Nua’im bin Hammad meriwayatkan daripada Ali r.a. daripada Nabi SAW sabda Baginda,
“Mahdi itu adalah seorang daripada cucuku. Dia akan berperang mengikut sunnahku sebagaimana aku berperang mengikut wahyu”.
(Ibid j.2 ms.74)



Terdapat segelintir umat Islam yang salah dalam membuat tafsiran dari Ulama Islam seperti Ibn Khaldun dan Dr. Muhammad Iqbal yang menolak kepercayaan tentang kemunculan Imam al-Mahdi. Tidak terdapat keraguan bahawa terdapat juga umat Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan dengan ilham mimpi dan pemerhatian hati nurani tentang pengetahuan terhadap kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman. Walaubagaimanapun, kita harus meneliti dahulu setiap maklumat akhir zaman secara bijaksana dan hikmah, dan tiada paksaan untuk mana-mana individu dalam mempercayai tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman.

Harus diakui bahawa terdapat banyak keraguan dan kesamaran yang jelas terhadap bahan-bahan ilmiah di pasaran sekarang tentang kemunculan Imam al-Mahdi di akhir zaman. Ia merupakan suatu 'kisah' dan bukan sepenuhnya terbit dari fakta yang sebenar. Apa yang sepatut dan seharusnya dikaji dan diteliti oleh setiap dari kita adalah petunjuk yang sahih dan benar yang terkandung dalam al-Quran & Hadis. Dengan pendekatan menggunakan 2 sumber ini, kita mestilah bijak dalam membuat hubung kait dalam kehidupan kini yang kita huni di akhir zaman supaya dengan NUR dari Allah SWT, kita dapat membuat gambaran yang sebenar tentang kehidupan yang kita huni sekarang dengan fasa-fasa kedatangan Imam al-Mahdi.

Subjek kemunculan Imam al-Mahdi adalah merupakan subjek terpenting di akhir zaman untuk dikaji dan diselidiki. Di dalam data yang dikumpul dari 2 sumber ini (al-Quran & Hadis), ia memberi gambaran yang jelas tentang integrasi yang jelas terkandung tentang perkara-perkara yang penting yang akan berlaku di akhir zaman, iaitu kembalinya Isa a.s al-Masih yang benar, dan kemunculan agung yang hampir serentak oleh Imam al-Mahdi. Harus diingati, dengan Kebijaksanaan Allah SWT, bahawa Allah SWT telah menciptakan Dajjal al-Massih yang palsu sebagai balasan terhadap orang-orang Yahudi yang kufur kepada-Nya. Misi Dajjal al-Masih yang palsu tidak akan selesai selagi tiada seorang manusia yang mengistiharkan dirinya Al-Masih yang dijanjikan di Jerusalem.

Apa yang pasti, di saat kita bernafas sekarang ini, tidak akan berlaku lagi pengistiharan ini kerana misi Dajjal al-Masih yang palsu belum lagi selesai sepenuhnya. Harus difahami bahawa hanya TINGGAL SATU sahaja lagi dari 4 misi-misi Dajjal al-Massih yang palsu sebelum berlaku pengistiharan agung itu. Antara misi yang sudah berjaya ialah memerdekakan Tanah Suci Jerusalem dari golongan bukan Yahudi (Gentiles), membawa pulang orang-orang Yahudi ke Tanah Suci Jerusalem setelah mereka disingkirkan Allah 2000 tahun lalu dan menubuhkan Negara Haram Israel. Misi terakhir adalah menjadikan Negara Israel sebagai kuasa besar dunia (Zaman Emas sama seperti zaman Nabi Daud a.s & Nabi Sulaiman a.s) yang akan berlaku kurang 40 tahun lagi. Allah Maha Mengetahui. *rujuk Sea of Galilee.

Ketika berjaya melaksanakan keempat-empat misi tersebut, barulah Dajjal al-Masih yang palsu mengistiharkan dirinya al-Masih yang dijanjikan.Maka ketika inilah, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam di akhir zaman iaitu ketibaan Imam al-Mahdi seperti yang terkandung dalam Hadis-Hadis berikut:

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Jika kamu semua melihat panji-panji hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk
Hadis Riwayat Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku (keturunan ku) yang namanya sama dengan namaku
Hadis Riwayat at Tarmizi

Di dalam buku Jerusalem di Dalam al Quran karya Sheikh Imran Hosein menyatakan bahawa sekarang ini, fasa Dajjal 'sehari sama seperti sebulan' hampir ke penghujungnya dan fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' akan muncul pada bila-bila masa sahaja. Petunjuk yang jelas adalah jika kita ingin mengenalpasti dimanakah Dajjal al-Masih berada adalah dengan melihat siapakah yang berkuasa di dunia sekarang ini. Mungkin fasa 'sehari sama seperti setahun' itu kita dapat mengagaknya adalah Britain kerana ia merupakan kuasa besar dunia Sebelum Perang Dunia dan Pound Sterling menjadi matawang Dunia.

Manakala, sudah tentunya dengan NUR dari Allah SWT, kita akan dapati bahawa fasa 'sehari sama seperti sebulan' adalah Amerika Syarikat yang berkuasa Selepas Perang Dunia dengan Dollar menjadi matawang dunia. Untuk memindahkan Dajjal al-Masih yang palsu ke negara fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu', perang yang sama mesti 'diadakan' (iaitu Armageddon?) dan matawang baru mesti 'dicipta' (iaitu Digital Money / Electronic Money.)

Petunjuk lain bahawa kita semakin hampir dengan fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' adalah kejatuhan matawang dunia negara fasa Dajjal 'sehari sama seperti sebulan' (Dollar) & hura-hara yang berlaku di Negara-Negara Arab kini yang bakal mencetuskan perang! Persoalannya, dimanakah fasa Dajjal ketika 'sehari sama seperti seminggu'...? Allah SWT Maha Pemurah & Penyayang, kalian tahu jawapannya kerana negara inilah matlamat sebenar kewujudan Dajjal al-Masih yang palsu yang telah memanipulasikan Britain & Amerika untuk merintis jalan ke Negara ini sebagai matlamat utamanya di fasa terakhir akhir zaman.

Setelah berakhirnya fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu', barulah dunia akan menyaksikan kemunculan Dajjal al-Masih di dunia yang nyata. Ini menunjukkan saat-saat ketibaan Imam al-Mahdi semakin hampir yang masanya adalah sesingkat 'seminggu'.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami;
“Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”,

jawab Rasullullah:
“Selama 40 hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Tanya kami;
“Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”,

jawab Rasullullah;
“Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya
Hadis Riwayat Muslim

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga manusia agung ini (Isa a.s, Dajjal, Imam al-Mahdi) tidak akan muncul dalam tempoh 1 hingga 5 tahun lagi kerana beberapa faktor. Pertama, Israel belum lagi meluaskan wilayah takluknya di Negara Arab seperti yang terkandung didalam Taurat (yang ditulis semula) menyatakan bahawa Tanah Suci Jerusalem menganjur dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Euphrates di Iraq untuk membolehkan al-Massih memerintah Israel. (Sekarang ini anda tahu apakah faktor berlakunya hura-hara di Tanah Arab sekarang ini). Kedua, Israel belum lagi menggantikan Amerika sebagai 'Superpower' Dunia iaitu negara yang memerintah dunia sama seperti Britian & Amerika. Ketiga, tidak ada seorang pun orang Yahudi yang telah mengistiharkan dirinya adalah al-Massih yang dijanjikan untuk orang-orang Yahudi kerana 4 misi yang disebutkan tadi belum lagi dilunaskan.

Dan dengan semua petunjuk dan perkaitan yang dikemukakan inilah menunjukkan juga bahawa Imam al-Mahdi tidak akan muncul lagi dalam tempoh 1 hingga 5 tahun ini kerana (Allah Maha Mengetahui) Imam al-Mahdi akan muncul disaat fasa Dajjal 'sehari sama seperti seminggu' telah berakhir. Harus diingat bahawa kemunculan Imam al-Mahdi adalah selari dengan kembalinya Nabi Isa a.s ke dunia. Kalian tidak dipaksa untuk mempercayai semua ini dan berpeganglah kepada pendapat dan pegangan masing2 untuk tempoh masa 3 atau 4 dekad dari sekarang.


Rasulullah SAW bersabda:
Bagaimana keadaanmu jika Isa bin Maryam turun kepada kamu dan imammu (al-Mahdi) adalah diantara kam

Maka ketika ia (Dajjal) membuat seperti itu, tiba-tiba Allah SWT mengutus Isa Ibnu Maryam, dia akan turun di menara Putih (Al-Mannaratul Baidha) yang terletak di timur Damsyik dengan memakai pakaian (pakaian dasar dan pakaian pelapis) yg dicelup dengan wangi-wangian yang berwarna kekuning-kuningan, sambil meletakkan dua telapak tangannya di atas sayap dua malaikat. Apabila ia mengangguk-anggukan kepalanya,maka jatuhlah titisan air dan apabila ia mengangkat kepalanya,maka jatuhlah darinya butir-butir mutiara
Hadis Riwayat Bukhari


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Demi Allah yang menggenggam jiwaku, tidak lama lagi Isa putra Maryam akan turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan mematahkan salib, membunuh babi dan memansuhkan Cukai (membatalkan Cukai/AbolishTax), Dan (waktu itu) harta melimpah ruah, sehingga tidak ada seorang pun yang mau menerima zakatnya (zaman tiada seorangpun layak untuk menerima zakat) Dan sehingga satu kali sujud (nilainya) lebih baik daripada dunia seisi nya
Hadis Riwayat Muslim


Nabi Isa a.s al-Masih tidak akan kembali selagi mana Dajjal al-Masih yang palsu belum lagi selesai menunaikan misi-misinya dan belum lagi membuat pengistiharannya sebagai al-Masih yang dijanjikan. Dunia hanya mempunyai kurang dari 3 atau 4 dekad untuk menyaksikan peristiwa yang maha agung ini. (*google Sea of Galilee kering). Dengan kemunculan Nabi Isa a.s yang akan membunuh Dajjal dan memusnahkan Yakjuj & Makjuj. Maka setelah tamatnya fasa-fasa kemuculan Dajjal al-Masih yang palsu, Dunia akan ditadbir dibawah sistem Khalifah Islam (Isa a.s & al-Mahdi) yang berpusat di Tanah Suci Jerusalem dan mempunyai matawang dunia yang baru iaitu kembalinya penggunaan Dinar & Dirham.


Sabda Nabi Muhammad SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya.
Hadis Riwayat Ibnu Majah


Sebahagian dari tanda-tanda akhir zaman adalah dikatakan bahawa kepercayaan tentang adanya Dajjal dan Imam Mahdi memang memiliki dasar yang kuat dalam hadis-hadis, baik Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan lain-lain. Masalah Dajjal, turunnya Isa bin Maryam, dan Munculnya Al-Mahdi adalah berkaitan dengan tanda-tanda hari kiamat. Bilanya terjadi saat itu Rasulullah SAW sendiri tidak mengetahuinya, akan tetapi beliau banyak memberi gambaran tentang tanda-tanda saat itu supaya umatnya lebih bersedia dan membuat persiapan yang benar dan betul, di antaranya adalah kemunculan Dajjal, turunnya Isa a.s dan Al-Mahdi.

Hudhaifa b. Usaid Ghifari meriwayatkan, Rasulullah mengatakan Hari Kiamat tidak akan datang sehingga muncul 10 tanda dan beliau menyebutkan : munculnya asap, Dajjal, makhluk melata, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa bin Maryam as, Ya'juj Ma'juj, retakan tanah di tiga tempat, barat, timur dan di Arabia .... (Sahih Muslim, kitab Al-Fitan)



Imam Mahdi dan Isa bin Maryam

Berkaitan dengan Imam Mahdi & Isa bin Maryam as, pelbagai riwayat menunjukkan sebagai berikut :

Imam Mahdi tidaklah sama dengan Isa as. Imam Mahdi bukanlah Isa bin Maryam, tetapi orang lain. Imam Mahdi akan turun dari kalangan Ahlul Bait (keturunan Nabi). Hal ini berdasarkan berbagai hadis Abu Daud, Trimidzi, Ahmad, Al-Hakim, dll.


Rasulullah SAW bersabda:
Meskipun waktu yang tersisa untuk dunia tinggal hanya SEHARI (sebelum Hari Pembalasan), Allah akan memperpanjang hari itu, untuk memberi seorang raja dari Ahlul Baitku yang akan dipanggil dengan namaku. Dan dia akan mengisi dunia dengan kedamaian dan keadilan setelah sebelumnya penuh dengan kezaliman dan tirani.
Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ahmad, Hakim dan lain-lain


Rasulullah SAW bersabda:
Al-Mahdi adalah dari kita, anggota Ahlul-Bayt
Hadis Riwayat Ibn Majah

Rasulullah SAW bersabda:
Al-Mahdi adalah dari keluargaku, keturunan Fatimah
Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah, Baihaki

Rasulullah SAW bersabda:
Kami Bani Abdul Mutalib adalah pemipin dari penghuni syurga, iaitu aku sendiri (Rasulullah), Hamzah, Ali, Ja'far, Hasan, Husein, dan Al-Mahdi
Hadis Riwayat Ibn Majah dan Hakim



Nama Imam al-Mahdi adalah sama dengan Rasulullah SAW, iaitu Muhammad Bin Abdullah.

Rasulullah SAW bersabda:
Dunia tidak akan hancur, hingga muncul seseorang di kalangan Arab yang namanya sama dengan namaku
Hadis Riwayat Tarmidzi


Sebagian riwayat menyatakan Al-Mahdi keturunan al-Hasan, sedang riwayat lain dari al-Husein.

Imam Mahdi akan membawa kedamaian, keadilan dan sangat dermawan. Setelah sebelumnya terdapat berbagai kesulitan dan kezaliman. Masa kepemimpinan Al-Mahdi antara 7 - 9 tahun.

Sebagaimana hadis di atas, juga disebutkan di antaranya:
Dia membagi-bagikan harta dengan adil. Khidir a.s. berjalan di mukanya. Dia akan menghapus segala macam Cukai, dan menyeru ke jalan Allah dengan pedang (dengan tegas). Siapa yang mengikuti seruannya selamat dan siapa yang membangkang akan dibunuh. Dia menghukum dengan hukum agama yang murni.


Dari Jabir Ibn Abdillah., Rasulullah SAW bersabda:
Akan datang di akhir waktu seorang khalifah yang akan berkongsi banyak harta kepada orang-orang tanpa perhitungan
Hadis Riwayat Muslim

Syekh Al-Akbar Muhyiddin Ibn ‘Arabi, di dalam salah satu karya utamanya, Futuhat Al-Makkiyyah mengatakan, “Ketahuilah bahwa Al-Mahdi itu pasti keluar, namun ia tidak akan keluar kecuali apabila dunia sudah penuh dengan kezaliman dan dialah yang akan melenyapkan kezaliman itu dan menggantikannya dengan keadilan

Di Akhir Zaman (SEKARANG), umatku akan mengalami masalah yang sangat berat yang belum pernah terjadi, sehingga manusia tidak dapat mencari jalan keluar. Kemudian Allah memunculkan seorang dari Ahl Baitku, yang akan mengisi dunia dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuh kezaliman. Penghuni bumi dan langit akan mencintainya. langit akan menurunkan air di manapun, dan bumi akan memberi apa yang diperlukan dan akan mencari hijau di mana pun
Hadis Riwayat Hakim & Haitami

Rasulullah SAW bersabda:
Al-Mahdi akan muncul dalam umatku. Dia akan muncul selama sedikitnya 7 tahun dan paling banyak 9 tahun. Umatku akan mengalami perasaan yang tidak dialami sebelumnya. Akan terjadi limpahan makanan, yang tidak perlu disimpan sama sekali, harta pada saat itu berlimpah, sehingga jika seorang manusia meminta Mahdi, dia akan berkata: "Ini, ambil"
Hadis Riwayat Ibn Majah

Isa bin Maryam akan muncul dan solat bersama Al-Mahdi. Di beberapa riwayat, yang menjadi imam adalah Al-Mahdi.

Jabir Ibn Abdillah al-Ansari r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Suatu kelompok dari umatku akan berperang untuk kebenaran hingga mendekati Hari Qiamat ketika Isa bin Maryam akan turun, dan pemimpin mereka akan meminta dia untuk mengimami solat, tetapi Isa menolak dan berkata:
"Tidak, sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan pemimpin untuk lainnya dan Dia memberikan rahmatnya kepada mereka
Hadis Riwayat Muslim, Ahmad, dan lain-lain

Rasulullah SAW bersabda:
Bagaimana keadaanmu jika Isa bin Maryam turun kepada kamu dan imammu adalah diantara kamu
Hadis Riwayat Bukhari

Ibn Hajar menyatakan :
Imam Mahdi adalah dari umat ini, dan Isa as turun dan solat di belakangnya
Fathul Bari, syarh Riwayat Bukhari



Ibn Hajar dalam Al-Sawaiq, mengambil Abu al-Husain al-Ajiri : Sunah Nabi telah diriwayatkan melalui banyak rantai yang melebihi darjat mutawatir bahawa dia (Al-Mahdi) adalah Ahlul Baitnya, akan mengisi dunia dengan kebaikan, dan Isa bin Maryam akan turun pada saat itu dan dia (Al-Mahdi) akan membantu Isa membunuh Dajjal di Palestin (Jerusalem) dan dia (Al-Mahdi) akan memimpin dunia dan Isa akan solat di belakangnya.

Sehubungan dengan Al-Mahdi, Al-Sayid Sabiq, ulama Ikhwanul Muslimin dalam Al- 'Aqa'id al-Islamiyyah, menyatakan : " Gagasan mengenai Al-Mahdi adalah betul-betul sah, dan itu adalah salah satu keyakinan Islam yang harus dipercayai"

Fatwa yang diberikan di Mekkah oleh Rabitatul 'Alamil Islami) on Oct. 11, 1976 (23 Shawwal 1396), menyatakan : Para hafidz (penghafal hadis) dan Ulama hadis telah mengesahkan bahawa terdapat hadis sahih dan hasan mengenai Al-Mahdi. Kebanyakan hadis-hadis ini melalui banyak rawi (mutawatir). Tidak diragukan bahawa kedudukan riwayat ini adalah sahih dan mutawatir. Dan bahawa kepercayaan akan Al-Mahdi adalah salah satu kepercayaan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Hanya orang tidak tahu Sunnah dan pembuat bid'ah yang menolaknya.


Dajjal

Menurut berbagai riwayat Dajjal akan muncul di akhir zaman dan berbuat berbagai kerosakan.

Ciri-ciri Dajjal menurut Sahih Muslim (Kitab Al-Fitan) adalah :
1- memiliki satu mata pembohong, mata kanannya buta (mata hati)
2- dahinya tertuli K-F-R (kafir), di mana setiap Muslim yang beriman dapat melihatnya
3- akan membawa air dan api, di mana air berasa api, sedang api berasa air dalam versi lain, membawa (gambaran) syurga dan neraka, syurga yang dibawa ternyata neraka dan sebaliknya.(fahaminya secara metafora/majaz)
4- Dan lain-lain tanda menurut hadis-hadis

Dajjal berbuat berbuat pelbagai kerosakan terhadap kaum Mukminin, sehingga dinyatakan oleh hadis :

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy r.a., beliau berkata; Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda:

"Sesungguhnya tidak ada fitnah di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin”
(Hadis Riwayat Muslim)



Begitu beratnya bencana Dajjal, sehingga kita disunahkan membaca doa dalam setiap solat (sesudah tahiyat Akhir) :

"..Allahumma inni a'udzubika min 'adzabi jahanam, wamin 'adzabil qabri, wamin fitnatil mahya wal mamaati, wa min syarri fitnatil masihid-dajjal.."

"Ya Allah, sungguh kami berlindung dari adzab neraka jahanam, adzab kubur, fitnah hidup dan mati, serta dari buruknya bencana Dajjal"
Hadis Riwayat Al-Jamaah, kecuali Bukhari



Imam al-Mahdi: Keturunan Rasulullah dari TIMUR! “The Man From East”

Imam Mahdi berasal dari keturunan Rasulullah SAW, dari Putri Fatimah Radhiyallahu Anha. Datuknya adalah Husain bin Ali Radhiyallahu Anhu dan ayahnya adalah Imam Hasan Al-Askari bin Ali Al-Naqi bin Muhammad Al-Taqi bin Imam Ali Al-Ridha bin Imam Musa Al-Kazhim bin Imam Ja’far Al-Shadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam Husain bin Imam Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu Anhu.

Namanya sama dengan nama Rasulullah SAW. Dia dibai-at oleh kaum Muslimin di antara Rukun dan Maqam (keduanya ada di dalam lingkungan Masjidil Haram, Makkah). Rupanya mirip dengan rupa Rasulullah SAW.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam.


Sabda Nabi Muhammad SAW:
Pembawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari TIMUR

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu Al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan Al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Daripada al-Hasan, bahawa Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari TIMUR. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah TIMUR yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.Sabda Nabi Muhammad SAW: Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah Al-Mahdi.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah TIMUR, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk Al-Mahdi,yakin pemerintahnya.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah Al-Mahdi.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
Orang ramai daripada TIMUR akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.

Kesemua Kompilasi Hadis Sahih (Hr. Ibnu Majah/Abu Nuaim/Al-Hakim/At-Tarmizi/Abu Daud/An-Nasaai/Al-Baihaqi/Al-Husin)


Wahai manusia: Andainya anda tidak mampu meninggal amalan dari cengkaman atau gengaman Cukai (Tax) (lari atau berhijrah) anda bukan lah 1 antara 1000 ‘berhati-hati lah!’ dalam perkara ini “Jangan kita tertinggal kereta api!” Sesuai dengan beberapa keterangan dari hadis Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, bahawa 99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa di akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah YAKJUJ DAN MAKJUJ".

Sabda Rasulullah SAW. Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling buruk, mengheret ramai manusia ke neraka. Disokong pula oleh satu hadis yang menyatakan bahawa mereka adalah 999 dari 1000 orang manusia penduduk bumi adalah “Yakjuj dan Makjuj” yang akan menghuni neraka. Bersesuaian pula dengan hadis yang lain menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam a.s. akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.


Bersabda Rasulullah SAW:

INDEX 1)
“Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki.

INDEX 2)
Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa’-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

INDEX 3)
Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki.

INDEX 4)
Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki.

INDEX 5)
Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa Alaihis Sallam) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam.” (Hadis Riwayat Ahmad)



Dalam sejarah pemerintahan Khilafah Islam sehingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah. Mereka (para khalifah) terdiri daripada 5 orang Khalifah dari Khulafa' Rasyidin, 14 Khalifah dari dinasti Umayyah, 18 Khalifah dari dinasti ‘Abbasiyyah, diikuti dari Bani Buwaih 8 orang khalifah, dan dari Bani Saljuk 11 orang khalifah. Dari sini pusat pemerintahan dipindahkan ke Kaherah, yang dilanjutkan oleh 18 orang Khalifah. Setelah itu Khalifah berpindah kepada Bani Uthman (Uthmaniyyah). Dari Bani ini terdapat 30 orang Khalifah. Umat masih mengetahui nama-nama para Khulafa' Rasyidin dibandingkan dengan yang lain. Walaupun mereka juga tidak lupa dengan Khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-’Aziz, Harun ar-Rasyid, Sultan ‘Abdul Majid, Sultan Muhammad al-Fateh serta khalifah-khalifah yang masyhur dalam sejarah.
AL-LIWA (BENDERA PUTIH)
Sebelum Kelahiran Nabi Muhammad SAW, marilah kita selak sejarah Nabi Adam a.s hingga Nabi Isa a.s bahawasanya mereka-mereka ini diutuskan sebagai mewakili zaman-zaman dimana manusia (umatnya) hilang petunjuk dan kebenaran untuk mengenal pencipta. Tidak ramai dari kita yang sedar bahawa kita telah ditipu oleh Darwin dan ahli falsafah Barat yang menyatakan permulaan dunia ini bermula dengan Zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik Dan Logam. Semua ini adalah suatu PEMBOHONGAN ! Saudara, untuk melihat setiap zaman yang wujud di dunia ini dari kaca mata Islam, lihat kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang diutuskan kepada mereka. Adam a.s adalah manusia pertama. Binaan pertama adalah Ka'abah. Qabil & Habil sudah tahu menutup auratnya. Ini adalah petanda bahawa manusia terawal sudah tahu membuat perkara-perkara asas dalam kehidupan mereka untuk survival.

Adakah mereka-mereka ini dikatakan orang-orang gua yang tidak berilmu dan berkain? Selepas Adam a.s, diutuskan Idris a.s hinggalah kepada Isa a.s, setiap mereka mempunyai umat mereka sendiri dan sebab mereka diutuskan tidak lain tidak bukan adalah untuk memberi petunjuk kebenaran kepada umat mereka yang telah melupakan tuhan setelah mereka menikmati sedikit kemewahan & kemajuan yang mereka kecapi, sehingga mereka sanggup menolak utusan Allah SWT yang menyebabkan mereka telah ditimpa bala yang maha dahsyat sehinggakan kita menganggap bahawa mereka tidak tahu membina dan mencipta sesuatu pun serta menetap di dalam gua.

al-Quran adalah pegangan kita, satu-satu buku panduan yang menceritakan perkara yang lepas, yang sedang dan yang akan berlaku. Sebuah manual yang hebat dari Allah untuk umat manusia. Ahli Fisolof Barat tidak wujud ketika Zaman-Zaman Litik itu, mana mungkin mereka boleh membuat andaian tersebut tanpa adalah satu panduan yang tepat. Mereka hanya menggunakan akal dan daya pemikiran seseorang manusia yang selalu membuat kesilapan atas andaian logika berdasarkan beberapa penemuan arkeologi. Lihat, Fikir & Amati di dalam hati, nescaya, mata hati kita sedikit demi sedikit akan terbuka. InshaAllah.

Sebuah Hadith menyatakan bahawa Zaman Umat Nabi Muhammad SAW telah dibahagikan kepada 5 bahagian/fasa mengikut kerangka masa tertentu:

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”

“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya."

“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”

“Kemudian beliau (Nabi) diam”.
Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah


Menerusi hadis ini, marilah kita sama-sama mengimbau kembali sejarah Khilafah & Khalifah Islam bermula dari Zaman Nabi Muhammmad SAW (Fasa Pertama) hinggalah pada Zaman kita dilahirkan sekarang ini (Fasa Keempat).

A) Fasa Pertama :
Masa Kenabian.(Muhammad SAW)
Madinah +Dinar/Dirham

1) Nabi Muhammad SAW - Dakwah di Makkah 13 tahun & Madinah 10 tahun = 23 tahun. (570 M - 632 M)




B) Fasa Kedua :
Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khulafa' Rasyidin)
Madinah +Dinar/Dirham





Taklukan Khalifah Islam Khulafa Ar-Rasyidin (Abu Bakar)

2) Saidina Abu Bakar, 632-634 M
3) Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
4) Saidina Uthman Affan, 644-656 M
5) Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung selama lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam. Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:




C) Fasa Ketiga :
Kerajaan yang Mengigit* (Umayyah, Abbasiyah & Uthmaniyyah)
*Mengigit: menyerahkan kuasa pemerintahan kepada keturunan mereka. +Dinar/Dirham

# Khalifah Umayyah (661 M - 1031 M)



Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Umayyah.

(Afghanistan, Algeria, Andorra, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, China, Cyprus, Egypt, France, Georgia, Gibraltar(UK), India, Iran, Iraq, Israel, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Mauritania, Morocco, Oman, Pakistan, Palestine, Portugal, Qatar, Russia, Saudi Arabia, Sudan, Spain, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turkey, Turkmenistan, United Arab Emirates, Uzbekistan, Yemen & Western Sahara)




Panji Khilafah Umayyah

Khalifah Umayyah di Damascus.
6) Muawiyah I ibn Abi Sufyan, 661 M – 680 M
7) Yazid I ibn Muawiyah, 680 M – 683 M
8) Muawiyah II ibn Yazid, 683 M – 684 M
9) Marwan I ibn al-Ḥakam, 684 M – 685 M
10) Abd al-Malik ibn Marwan, 685 M – 705 M
11) al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705 M – 715 M
12) Suleiman ibn Abd al-Malik, 715 M – 718 M
13) Umar ibn Abd al-Aziz, 717 M – 720 M (The Best King)
14) Yazid II ibn Abd al-Malik, 720 M – 724 M
15) Hisham ibn Abd al-Malik, 724 M – 743 M
16) al-Walid II ibn Yazid II, 743 M – 744 M
17) Yazid III ibn al-Walid, 744 M
18) Ibrahim ibn al-Walid, 744 M
19) Marwan II ibn Muhammad (ruled from Harran in the Jazira) 744 M – 750 M


Emir Umayyah di Cordoba.
20) Abd ar-Rahman I, 756 M – 788 M
21) Hisham I, 788 M – 796 M
22) al-Hakam I, 796 M – 822 M
23) Abd ar-Rahman II, 822 M – 852 M
24) Muhammad I of Córdoba, 852 M – 886 M
25) Al-Mundhir, 886 M – 888 M
26) Abdallah ibn Muhammad 888 M – 912 M
27) Abd ar-Rahman III, 912 M – 929 M


Khalifah Umayyah di Cordoba.
28) Abd ar-Rahman III, as caliph, 929 M – 961 M
29) Al-Hakam II, 961 M – 976 M
30) Hisham II, 976 M – 1008 M
31) Mohammed II, 1008 M – 1009 M
32) Suleiman, 1009 M – 1010 M
33) Hisham II, restored, 1010 M – 1012 M
34) Suleiman, restored, 1012 M – 1017 M
35) Abd ar-Rahman IV, 1021 M – 1022 M
36) Abd ar-Rahman V, 1022 M – 1023 M
37) Muhammad III, 1023 M – 1024 M
38) Hisham III 1027 M – 1031 M





# Khalifah Abbasiyah (750 M – 1258 M & 1261 M -1513 M)





Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Abassiyah.

(Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Cyprus, Egypt, France, Georgia, Greece, Iran, Iraq, Israel, Italy, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Lebanon, Libya, Malta, Morocco, Oman, Pakistan, Palestine, Portugal, Qatar, Russia, Saudi Arabia, Spain, Syria, Tajikistan, Tunisia, Turkey, Turkmenistan, United Arab Emirates, Uzbekistan & Yemen)




Panji Khilafah Abbasiyah.

Khalifah Abbasiyah di Baghdad
39) Abu al-Abbas al-Saffah, 750 M - 154 M
40) Abu Ja'far al-Manshur, 754 M – 775 M
41) Al-Mahdi, 775 M – 785 M
42) Musa al-Hadi, 785 M – 786 M
43) Harun ar-Rasyid, 786 M – 809 M
44) Al-Amin, 809 M – 813 M
45) Abdullah al-Makmun, 813 M – 833 M
46) Al-Mu'tashim Billah, 833 M – 842 M
47) Al-Watsiq, 842 M – 847 M
48) Al-Mutawakkil, 847 M – 861 M
49) Al-Muntashir, 861 M – 862 M
50) Al-Musta'in, 862 M – 866 M
51) Al-Mu'taz, 866 M – 869 M
52) Al-Muhtadi, 869 M – 870 M
53) Al-Mu'tamid, 870 M – 892 M
54) Al-Mu'tadhidh, 892 M – 902 M
55) Al-Mu'tafi, 902 M – 908 M
56) Al-Muqtadir, 908 M – 932 M
57) Al-Qahir, 932 M – 934 M
58) Al-Radhi, 934 M – 940 M
59) Al-Muttaqi, 940 M – 944 M
60) Al-Mustakfi, 944 M – 946 M
61) Al-Muthi'ilah, 946 M – 974 M
62) Al-Ta'i, 974 M – 991 M
63) Al-Qadir, 991 M – 1031 M
64) Al-Qayyim, 1031 M – 1075 M
65) Al-Muqtadi, 1075 M – 1094 M
66) Al-Mustazhir, 1094 M – 1118 M
67) Al-Mustarsyid, 1118 M – 1135 M
68) Ar-Rasyid, 1135 M – 1136 M
69) Al-Muktafi, 1136 M – 1160 M
70) Al-Mustanjid, 1160 M – 1170 M
71) Al-Mustadhi, 1170 M – 1180 M
72) An-Nashir, 1180 M – 1225 M
73) Azh-Zhahir, 1225 M – 1226 M
74) Al-Mustanshir, 1226 M – 1242 M
75)Al-Musta'shim, 1242 M – 1258 M

Khalifah Abbasiyah di Kaherah
76) Al-Mustansir, 1261 M – 1262 M
77) Al-Hakim I (Cairo), 1262 M – 1302 M
78) Al-Mustakfi I of Cairo, 1303 M – 1340 M
79) Al-Wathiq I, 1340 M – 1341 M
80) Al-Hakim II, 1341 M – 1352 M
81) Al-Mu'tadid I, 1352 M – 1362 M
82) Al-Mutawakkil I, 1362 M – 1383 M
83) Al-Wathiq II, 1383 M – 1386 M
84) Al-Mu'tasim, 1386 M – 1389 M
85) Al-Mutawakkil I (restored), 1389 M – 1406 M
86) Al-Musta'in, 1406 M – 1414 M
87) Al-Mu'tadid II, 1414 M – 1441 M
88) Al-Mustakfi II, 1441 M – 1451 M
89) Al-Qa'im, 1451 M – 1455 M
90) Al-Mustanjid, 1455 M – 1479 M91) Al-Mutawakkil II, 1479 M – 1497 M
92) Al-Mustamsik, 1497 M – 1508 M
93) Al-Mutawakkil III, 1508 M – 1517 M


#Khalifah Uthmaniyyah (1299–1923)


Peta Jajahan Takluk Khilafah Islam Uthmaniyyah.

(Seljuk Sultanate of Rûm, Eastern Roman Empire, Empire of Trebizond, Despotate of the Morea, Despotate of Epirus, Duchy of the Archipelago, Karamanoğlu, Second Bulgarian Empire, Serbian Despotate, Mamluk Sultanate, Kingdom of Hungary, Algeria and Tunis, Turkey, Hellenic Republic, Kingdom of Egypt, Bosnia and Herzegovina, Serbia, Albania, Kingdom of Romania, Bulgaria, British Cyprus, British Mesopotamia, British Palestine, French Algeria, French Tunisia, French Syria & Italian North Africa)


Panji Khilafah Uthmaniyyah.

Khalifah Uthmaniyyah

94) Uthman I, 1281 M - 1326 M
95) Orhan I, 1326 M - 1359 M
96) Murad I, 1359 M - 1389 M
97) Bayezid I, 1389 M - 1402 M
98) Interregnum 1402 M - 1413 M
99) Mehmed I, 1413 M - 1421 M
100) Murad II, 1421 M - 1444 M
101) Mehmed II, 1444 M - 1445 M (Sultan Muhammad al-Fateh)
102) Murad II, 1445 M - 1451 M
103) Mehmed II, 1451M - 1481 M (Conquered Constantinople in 1453)
104) Beyazid II, 1481 M - 1512 M
105) Selim I, 1512 M - 1520 M
106) Suleiman I, 1520 M - 1566 M
107) Selim II, 1566 M - 1574 M
108) Murad III, 1574 M - 1595 M
109) Mehmed III, 1595 M - 1603 M
110) Ahmed I, 1603 M - 1617 M
111) Mustafa I, 1617 M - 1618 M
112) Uthman II, 1618 M - 1622 M
113) Mustafa I, 1622 M - 1623 M
114) Murad IV, 1623 M - 1640 M
115) Ibrahim I, 1640 M - 1648 M
116) Mehmed IV, 1648 M - 1687 M
117) Suleiman II, 1687 M - 1691 M
118) Ahmed II, 1691 M - 1695 M
119) Mustafa II, 1695 M - 1703 M
120) Ahmed III, 1703 - 1730 M
121) Mahmud I, 1730 M - 1754 M
122) Uthman III, 1754 M - 1757 M
123) Mustafa III, 1757 M - 1774 M
124) Abd-ul-Hamid I, 1774 M - 1789 M
125) Selim III, 1789 M - 1807 M
126) Mustafa IV, 1807 M - 1808 M
127) Mahmud II, 1808 M - 1839 M
128) Abd-ul-Mejid I, 1839 M - 1861 M
129) Abd-ul-Aziz, 1861 M - 1876 M
130) Murad V, 1876 M
131) Abd-ul-Hamid II, 1876 M - 1909 M
132) Mehmed V (Reşad), 1909 M - 1918 M
133) Mehmed VI (Vahideddin), 1918 M - 1922 M
134) Abd-ul-Mejid II, 1922 M - 1924 M (Last Caliphs of Ottoman)


Sultan Abdul Hamid II,Khalifah Uthmaniyah terakhir

3rd March 1924,
sistem pemerintahan Khilafah Islamiah dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam yang bertopengkan Islam



D) Fasa keempat :
Kerajaan yang Menyombong (Negara Bangsa Yang Merdeka) [1924-20**] +Matawang Kertas Berasaskan RIBA'.


Negara Bangsa hari ini.

Selepas Perang Dunia Pertama, Khilafah Islam terakhir Turki Ottoman telah dihapuskan oleh British pada 1924. Bermula dari itu, Khilafah Islam Turki Ottoman berpecah dan negara-negara Islam baru terbentuk satu per satu hasil dari pepecahan tersebut. Maka terbentuklah kemerdekaan untuk setiap negara yang berpecah dari sistem Khalifah Islam Turki Ottoman seperti Di (Tanah Arab) Arab Saudi, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Iran, Bahrain, Qatar, Kuwait, UAE, Oman & Yemen. Di (Afrika) Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mesir, Ethiopia. Di (Eropah Timur) Andorra, Armenia, Azerbaijan, Cyprus, Georgia, Gibraltar (UK), Kazakhstan, Kyrgyzstan, Mauritania, Tajikistan, Turkey, Turkmenistan, Uzbekistan & Western Sahara. Di (Asia Selatan) Pakistan, Afghanistan, Wilayah Kashmir, Maldives. Di zaman ini, Pemerintah Islam yang menjalankan pemerintahan Islam di sesebuah negara tidak lagi dipanggil Khalifah atau Emir dan pusat pemerintahan mereka tidak lagi dipanggil Khilafah kerana mereka tidak lagi berdaulat di bawah satu panji, tidak lagi berada di bawah satu Emir/Khalifah & tidak lagi berlaku pemusatan kuasa oleh sistem Khilafah. Lihatlah kuasa yang memerintah Arab Saudi (Wahabi Nation), kuasa yang mengikis Islam di Turki (Islam Secular of Young Turks), kuasa yang mengugat perpaduan Islam di Iran (Syiah Nation) & kuasa yang menangkis suara Ikhwanul Muslimin/Azhar University di Mesir (Anwar Sadat, Ghamal Nasir & Hosni Mubarak). tak lupa Malaysia kita yang dihadiahkan oleh British sedang mereka (British) mentertawakan kita semua semasa perkataan 'Merdeka' dilaungkan penuh semangat pada 31 Ogos. Percayalah.




Hakikat yang setiap umat Islam perlu tahu bahawa ini semua berlaku sewaktu Dajjal berada di dalam dimensi masa sehari sama seperti setahun. (rujuk artikel terdahulu fasa kedatangan Dajjal). Dajjal berjaya memisahkan kekuasaan Islam kepada wilayah berasingan yang mempunyai bendera dan sempadan mewujudkan negara bangsa. Ia menyebabkan berlakunya sifat kebangsaan hasil dari persempadanan (bangsa) dan menghakis sifat kekhalifahan (agama) dan akhirnya setiap negara yang wujud menampakkan seolah-olah mereka menyombong antara satu sama lain. Zaman inilah dinamakan Zaman Kerajaan Menyombong. Zaman ini telah bermula dan sedang dihuni oleh kita pada hari ini dan akan berakhir tidak lama lagi. Ya ! tidak lama lagi ! Allahu A'lam. Di zaman ke-empat ini lah Nabi Muhammad SAw menyatakan umatnya akan menghadapi satu fitnah yang besar yang tidak pernah ditimpa oleh umat-umat lain dan terdahulu. Itulah fitnah al-Masih ad-Dajjal. Ini kerana, di zaman ini lah merupakan peringkat terakhir Dajjal mencari pengikut2nya ke Neraka kerana ia tidak mungkin berlaku pada zaman ke-lima kerana Islam sudah kembali ke puncak setelah Taghut ditewaskan.

Tanah Arab dipecah-pecah menjadi wilayah yang akhirnya menjadi negara banga.

Maka bermula pada 1924, Zaman ini yang kita semua huni ini semakin terkehadapan dan semakin maju dengan pencapaian demi pencapaian dalam segala bidang yang dilakukan sehingga kehebatannya mengatasi zaman-zaman dan umat-umat terdahulu. Inilah zaman yang dikenali sebagai Zaman Moden. Islamic Eschatology menamakan ia sebagai Tamadun Yakjuj & Ma'juj. Untuk memudahkan anda semua dalam memberi kefahaman Dajjal dan Yakjuj & Ma'juj, ialah Dajjal boleh diibaratkan sebagai 'Manager' & Yakjuj & Ma'juj adalah 'employee' kepada Dajjal. Untuk menanti kehadiran Dajjal setelah Sea of Galilee kering, kerja-kerja menyediakan tapak pemerintahan Dajjal diserahkan kepada Yakjuj & Ma'juj. Sekarang, ramai yang sudah mengerti asasnya bukan? tapak pemerintahan Dajjal adalah terletak di Jerusalem dan disitu terletak negara Islam Palestin. Untuk membolehkan Dajjal memerintah dari 'throne' Nabi Daud a.s & Nabi Sulaiman a.s, maka Negara Islam Palestin mesti dihapuskan, Siapakan yang menghapuskannya? mereka adalah Zionist International. Dan sekarang, makin ramai yang sudah mengerti satu per satu bukan? maka, siapakah Yakjuj & Ma'juj itu? anda sudah boleh menekanya.

Ingat, tugas Yakjuj & Makjuj tidak tertumpu kepada membina asas negara Yahudi untuk menanti kedatangan Dajjal sahaja, akan tetapi dalam masa yang sama mereka harus memastikan bahawa musuh mereka (yakni Islam) ditundukkan terlebih dahulu. Tunduk disini bermaksud tidak menentang segala perilaku dan perbuatan mereka malah kita akan dialpakan dan dilalaikan. Caranya, maka pelbagai produk, bahan makanan, hiburan, gaya hidup tidak bertuhan dan corak ekonomi (riba) yang di aplikasikan dan digunapakai oleh kebanyakan negara Islam pada hari ini (akan tetapi mereka tidak sedar !) Dan sekali lagi, makin ramai yang sudah mengerti semuanya bukan? Alhamdulillah. kami berharap agar sahabat semua mampu melihat dunia sama seperti mana kita melihat. kami hanya mampu untuk bicara ilmu ini secara panjang lebar, tetapi tidak mampu untuk mengubah persepsi dan kaca mata sudut pandang kalian kerana Nur itu adalah milik Allah. Hanya dengan Nur lah anda mampu melihat dunia yang sebenar. Tidak cukup hanya dengan ilmu Islamik dan Sejarah. Tidak dinafikan, Sejarah & Islamik Knowledge (Al-Quran+al-Hadis) adalah subjek terpenting di Akhir Zaman, zaman dimana kita sedang bernafas sekarang dan zaman anak kita bakal dan telah dilahirkan.






E) Fasa Kelima :
Khilafah yang mengikuti jejak kenabian. (20** - 21**) +Dinar/Dirham




AR-RAYAH (PANJI HITAM)

Khilafah Terakhir al-Mahdi.

135) al-Mahdi. (Khilafah Islam terakhir di Jerusalem)

Khilafah Islam terakhir akan terbentuk sebagai suatu klimak kepada tanda-tanda besar Kiamat, Ia terjadi apabila semua Negara Islam bersatu berdaulat di atas nama Khalifah Islam Imam al-Mahdi kurang 50 tahun lagi (Sea of Galilee kering) iaitu berakhirnya dimensi masa Dajjal sehari sama seperti seminggu. Ketika itu, 3 orang manusia agung akan muncul bermula dengan al-Masih ad-Dajjal, Imam al-Mahdi dan al-Masih Isa a.s. Allahu-A'lam.


Doa Mujahidin

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MANUNGGALING KAWULA GUSTI: 140 AJARAN DAN PEMIKIRAN SYEIKH SITI JENAR

KHASIAT DALAM SURAH ALI IMRAN

Hizb ut-Tahrir's Manifesto for the Revolution of Al-Sham: Towards the Birth of a Second Rightly-Guided Khilafah