9 Jenis Anak Syaitan
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang
yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan
rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam &
tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang
sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan
dan glamour lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan
fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata
mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi
salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah
tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri,
isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang
lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari
Ulasan
Catat Ulasan