Siapa Ya'juj dan ma'juj
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
SEDIKIT SEJARAH YA'JUJ DAN MA'JUJ
Mereka adalah 2 bangsa manusia dari keturunan Nabi Nuh a.s. mereka seperti kita fizikalnya tetapi mempunyai tabiat dan sikap yg sangat ganas dan akan memakan dan meminum apa sahaja yg ada di hadapan mereka ,maklumlah mereka sudah terkurung lama di antara 2 gunung dlm tempoh yg terlampau lama sejak zaman Iskandar Zul Karnain iaitu zamanNabi Ibrahim a.s sehingga lah zaman pemerintahan Khalifah Islam yg terakhir di zaman ini iaitu Nabi Isa a.s .
Mungkin ada sedikit kelainan dari segi fizikal diantara manusia yg bertamadun dengan mereka seperti berkulit kasar dan keras dan berkuku kuat dan tajam dan bergigi kuat dan kukuh , ini boleh diqiaskan dari keupayaan mereka mengorek lubang tembok yg di bina oleh Iskandar Zulkarnain r.a . Mereka manusia yg sangat primitif dan tidak bertamadun . Sehinggakan bahasa yg diucapkan oleh mereka , manusia lain tidak dapat memahaminya. Mereka hanya memakai pakaian yg hanya menutup kemaluan mereka atau tidak berpakaian .
Mari kita perhatikan maksud ayat 93-95 dari surah Al Kahfi di bawah ini
" Sehingga apabila mereka sampai ke dua buah gunung ,dia mendapati dihadapan 2 gunung itu terdapat suatu kaum yg hampir tidak mengerti pembicaraannya .Mereka berkata " Hai Zul Karnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu adalah orang yg membuat kerosakkan di muka bumi ,maka dapatkah kami membuat suatu pembayaran kepada kamu ,supaya kamu membuat dinding diantara mereka ? . Zul Karnain berkata apa yg dikuasakan Tuhan ku kepada ku adalah lebih baik ,maka tolonglah aku dengan kekuatan ( manusia dan alat-alat ) agar aku dapat membuat dinding diantara kamu dan mereka . "
Jumlah mereka amat ramai iaitu 1 : 999 . bermaksud nisbah seorang manusia yg bertamadun bersamaan 999 Ya'juj dan Ma'juj. Tidaklah mustahil sekiranya mereka keluar drp tembok lalu mereka mendapati sebuah tasik ,mereka terus meminumnya sehingga habis kering kontang air di dlm tasik itu . sekiranya barisan hadapan mereka meminum air tasik tersebut maka air itu tidak dapat di minum oleh orang di barisan belakang mereka lalu mereka berkata " dahulu tasik ini ada air tapi sekarang sudah kering.Mari kita teliti maksud hadis Rasulallah di bawah ini .
" Wahai Adam ,maka ia menjawab " Aku penuhi panggilan Mu dengan segala kerendahan dan kebaikan hanya pada Mu ." Adakah sudah keluar Ba'thunnar ? Adam bertanya ? Apakah Ba'tthunnar itu ? . Allah menjawab " setiap 1000 orang dia ada 999 orang ,apabila ia sudah keluar ,maka ketika itu anak kecil akan beruban dan setiap wanita hamil akan melahirkan dan engkau akan melihat manusia di dalam keadaan mabuk tetapi mereka tidak mabuk kerana azab Allah yg pedih ." Para sahabat bertanya . Ya Rasulallah yg manakah kami yg satu itu ? .Rasulallah manjawab ..bergembiralahlah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki diantara kamu adalah sama dengan 1000 orang Ya'juj dan Ma' juj .
Keluarnya mereka umpama semut yg keluar drp sarang dari lubang tanah . Selain Ya'juj dan Ma'juj itu meminum apa- apa air yg dijumpainya ,mereka juga memakan haiwan -haiwan , tumbuh-tumbuhan dan juga manusia yg bertamadun itu . mereka memakannya tanpa perlu di masak ,mereka memakannya tanpa perlu di siang/lapah dan di potong-potong . Marilah kita lihat gambaran bagaimana keadaan mereka setelah dikeluarkan oleh Allah , maksud hadis Rasulallah s.a.w di bawah .
" La ilaha illa Allah , celakalah orang arab -orang Arab dari kejahatan-kejahatan yg mereka lakukan . pada hari ini hampir sahaja pembukaan dinding Ya'juj dan Ma"juj selesai seperti ini " baginda s.a.w melingkari ibu jari dengan telunjuknya . Berkatalah Zainab bin Jahsyi : Wahai rasulallah apakah kita akan hancur sedangkan diantara kita terdapat orang yg soleh ? . Baginda menjawab " Ya apabila sudah banyak terjadinya kemaksiatan "
Maksud Hadis rasulallah yg lain .
" Dinding Yakjuj dan Makjuj akan terbuka ,maka mereka akan menyerang manusia ,sebagaimana firman Allah s.w.t . " Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yg tinggi " ( Al Anbia : 99 ) Maka mereka akan menyerang manusia dan kaum muslimin berlarian dari mereka ke kota-kota dan benteng-benteng mereka . Kemudian mereka mengambil binatang-binatang ternakan bersama mereka .Sedangkan mereka ( Ya'juj dan Ma 'juj ) meminum semua air di bumi sehingga apabila sebahagian mereka melewati sebuah sungai maka mereka pun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebahagian yg lain dari mereka melewati sungai yg sudah kering tersebut,
maka mereka berkata dahulu pernah ada air di sini dan apabila tidak ada manusia yg tersisa kecuali seorang sahaja disebuah kota atau benteng maka berkatalah salah seorang dari mereka .Mereka-mereka penduduk bumi sudah kita musnahkan maka yg tertinggal adalah penduduk langit kemudian salah seorang dari mereka melemparkan tombak nya kelangit dan tombak tersebut kembali dengan berlumuran darah yg menunjukkan suatu bala dan fitnah maka tatkala mereka sedang asyik berbuat demikian Allah s.w.t . mengutus ulat ke bahu mereka seperti ulat belalang yg keluar dari kuduknya maka pada pagi hari ,mereka pun mati dan tidak terdengan satu nafas pun
setelah itu kaum muslimin berkata " Apakah ada seorang lelaki yg mahu menjual dirinya untuk kami ( berani mati) untuk melihat apa yg sedang dilakukan oleh musuh kita ini .maka datanglah salah seorang dari mereka dengan perasaan menganggap bahawa mereka telah mati kemudian dia menemui bahawa mereka semua telah mati dlm keadaan sebahagian mereka di atas sebahagian yg lain berhimpitan ,
maka lelaki tersebut menyeru wahai semua kaum muslimin ,bergembiralah kamu sesungguhnya Allah s.w.t sendiri sudah membinasakan musuhnya maka merekapun keluar dr kota -kota dan benteng -benteng serta melepaskan ternakan -ternakan mereka ke padang-padang rumput , kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternakan maka semua susu ternakan tersebut gemuk penuh seperti tunas pohon yg paling bagus yg tidak pernah dipotong ."
Ya'juj dan ma'juj adalah musuh manusia khususnya kaum muslimin . Manusia yg tidak sempat berlindung drp Ya'juj dan Ma'juj akan musnah di makan oleh mereka . Jumlah yg menjadi korban dikalangan manusia termasuk kaum muslimin terlalu ramai . Tidak semua kaum muslimin yg sempat bersama Nabi Isa a.s pergi ke Thur Sinai untuk mendapatkan perlindungan di situ . Kaum Muslimin yg tidak sempat mengikut Nabi Isa a.s pergi ke tempat-tempat yg difikirkan dapat menyelamatkan mereka daripada serangan Ya'juj dan Ma'juj itu .
Jumlah kaum muslimin yg dapat mengikut Nabi Isa a.s itu hanya seramai bilangan nabi iaitu seramai 124,000 orang termasuk lelaki dan wanita .
sumber- tanyalahustaz.blogspot
Ulasan
Catat Ulasan