Sukses Dalam Hidup
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Dr.
Kholid bin Abdul Karim Al-Lahim berkongsi di dalam bukunya Mafatih Tadabburil
Qur’an wan Najah fil Hayah (Kunci Tadabbur Al-Qur’an & Sukses Dalam Hidup)
10 kunci untuk mentadabburi Al-Quran supaya ianya memberikan kesan yang mendalam
terhadap kehidupan kita.
1.
Hati yang cinta pada Al-Qur’an
Hati
ada raja, dan alat untuk menghayati Al-Quran adalah hati, bukannya aqal.
Sedangkan hati seringkali berbolak balik antara tarikan keimanan dan syaithan.
Jika hati kita memang inginkan kepada Allah swt., signal-signal rabbani akan
mudah untuk diterima walhal jika hati kita rosak akibat virus dunia, bagaimana
mungkin signal-signal rabbani ini akan masuk dengan baik ?
- Hati yang cintakan kepada Al-Quran akan memiliki tanda-tanda berikut:
- Senang bertemu dengannya
- Duduk bersamanya dalam waktu yang panjang tanpa bosan
- Rindu padanya
- Banyak bermusyawarah dengannya, percaya penuh dengan bimbingan-bimbingannya, dan kembali padanya ketika ada masalah dalam kehidupan baik yang kecil maupun yang besar.
- Mentaatinya baik perintah maupun larangan.
Justru
kita perlu senantiasa memohon kepada Allah agar diberikan hati yang jernih, hati
yang hidup, hati yang sentiasa terawat dan dijaga. Antara doa yang di ajarkan
adalah, “
Yaa Muqollibal Quluub Tsabbit Qolbii Alaa diiinik.”
2.
Tujuan-tujuan membaca Al-Qur’an
Apakah
tujuan anda membaca Al-Quran ? Untuk menghabiskan target tilawah ? atau kerana
janji Allah terhadap 10 kebaikan pada setiap hurufnya ? atau kerana pelbagai
yang lain kerana apa yang kita akan dapatkan daripada Al-Quran adalah sesuai
dengan motivasi yang menolak kita untuk membacanya.
Justru
kita akan mendapatkan manfaat yang lebih daripada Al-Quran apabila tujuan yang
kita letakkan adalah untuk mendapat cahayanya yang akan memandu kita dalam
menjalani kehidupan.
3.
Berdiri sholat dengan membaca Al-Qur’an
Kita
dianjurkan untuk melakukan proses tadabbur di dalam solat kerana sewaktu solat,
kita dituntut untuk menghadirkan hati, mengkhusyu’kan jiwa dan memusatkan
penumpuan kita sepenuhnya kepada Allah.
Allah
Ta’ala berfirman :
وَمِنَ
اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَاماً
مَّحْمُوداً -الإسراء : 79
“Dan
pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah
tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji”. (Surah Al-Isroo’:79)
Rasulullah
صلى الله عليه وسلم bersabda :
لا
حسد إلا في اثنتين رجل أتاه الله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار ،
ورجل آتاه الله مالا فهو ينفقه آناء الليل وآناء النهار. متفق
عليه
“Tidak
ada hasad kecuali pada dua orang; seseorang yang Allah anugerahkan Al-Qur’an
kemudian dia berdiri membacanya sepanjang siang dan malam, dan seseorang yang
Allah anugerahkan harta kemudian dia menginfaqkannya sepanjang siang dan
malam”. (Muttafaqun ‘alaih)
4.
Membacanya pada waktu malam
Al-Hasan
bin Ali رضي الله عنه berkata : Sesungguhnya
orang sebelum kalian melihat Al-Quran adalah surah-surah dari Rob mereka, maka
mereka mentadabburinya pada waktu malam, dan mereka mencarinya pada waktu
siang. (At-Tibyan Fi Adabi Hamalatil Qur’an, hal.29)
Inilah
yang dikatakan fitrahnya. Allah swt. menciptakan malam untuk istirehat, baik
istirehat fizikal mahupun jiwa. Kerana pada waktu malam, suasananya tenang,
damai, bebas daripada kebisukan dan hingar bingar dunia dan akan membuatkan
signal-signal rabbani mudah untuk masuk kepada penerimanya iaitu hati
manusia.
5.
Mengulang-ulang mengkhatamkan Al-Qur’an dalam seminggu atau
sebagiannya
Ya,
menjadi kewajipan bagi setiap ikhwan untuk mentargetkan khatam Al-Quran sekali
dalam seminggu !
Di
awalnya mungkin kita merasakan berat berbanding novel, cerpen dan facebook yang
mampu kita berikan penumpuan lebih daripada sejam. Tetapi insyallah dengan
latihan setahap demi setahap, kita mampu untuk melakukannya. Daripada 3 bulan
sekali khatam, kepada 2 bulan dan seterusnya hingga semingu sekali khatam akan
terasa mudah sekali.
Abdulloh
bin Mas’ud berkata : Al-Qur’an
janganlah dibaca kurang dari tiga hari, bacalah dalam tujuh hari, dan seseorang
menjaga hizibnya.
An-Nawawi
رحمه الله berkata : Pekerjaan
kebanyakan kalangan salaf
6.
Membacanya dengan hafalan
Apakah
tujuang kita menghafaz Al-Quran ? Adakah sekadar menghafaz ayat-ayat tanpa
mengambil sebarang manfaat darinya ? Sedangkan hak Al-Quran yang lebih utama
untuk kita penuhi adalah menjaganya dan mengambil manfaat darinya sebagai cahaya
yang menerangi kehidupan.
Dengan
hafazan, ianya akan memudahkan bacaan tersebut untuk meresapi jiwa kita dan kita
tidak disibukkan untuk membolak-balik mushaf dan hurufnya.
7.
Mengulang-ulang ayat
Membaca
dengan berulang kali penting untuk memastikan ayat-ayat Allah dapat meresap
masuk ke dalam jiwa kita. Pengulangan akan membuatkan kita ingat, cuba untuk
menikmati lafaz tersebut dengan lebih lama dan mampu melahirkan penghayatan yang
lebih terhadap apa yang dibaca, baik sebuah kisah atau kalimah.
Inilah
yang menjadi amalan Nabi saw dan generasi kemudiannya.
Abu
Dzar رضي الله عنه berkata, Nabi صلى الله عليه وسلم berdiri dengan satu ayat dan
beliau mengulang-ulangnya sampai shubuh :
إِن
تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ وَإِن تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنتَ
الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ -المائدة : 118
“Jika
Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan
jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana”. (Surah Al-Maidah: 118)
Diriwayatkan
oleh Ibnu Majah, Al-Hakim, dan beliau menshohihkannya serta disepakati oleh
Adz-Dzahabi, dan dihasankan oleh Al-Albani.
Al-Hasan
Al-Bashri رحمه الله pada suatu malam mengulang-ngulang ayat berikut sampai
shubuh :
وَإِن
تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ -النحل
: 18
“Dan
jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan
jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang”. (Surah An-Nahl: 18)
8.
Mengaitkan lafadz-lafadz dengan makna-makna
Supaya
tadabbur lebih berkesan, perlu kita untuk mengaitkan setiap bacaan dengan
realiti yang sedang kita hadapi. Dengan cara ini, kita dapat memastikan
kehidupan kita selari dengan arahan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Al-Quran
hidup di dalam hati kita. Apatah lagi apabila kita mampu untuk mengaitkan setiap
permasalahan dengan kitabullah, kerana nescaya dalam setiap permasalahan itu,
selalunya Al-Quran ada penyelesaiannya.
9.
Membaca dengan tartil
Jangan
tergesa-gesa ketika membaca Al-Quran hanya kerana mahu mencapai target tilawah
atau mengejar orang lain.
Firman
Allah swt.,
وَرَتِّلِ
الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً
“Atau
lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil
(perlahan-lahan)”. (Surah Al-Muzammil: 4)
Ibnu
Katsir رحمه الله berkata : Bacalah
dengan perlahan, sesungguhnya yang demikian itu akan membantu untuk memahami
Al-Qur’an dan mentadabburinya.
Inilah
kaedah bagaimana Rasulullah saw. membaca Al-Quran. Aisyah radiyallhu’anha
berkata, “Beliau
(Nabi saw.) membaca Al-Quran dengan tartil seolah-olah menjadi surah
terpanjang.”
10.
Membaca dengan keras
Bacalah
dengan suara yang keras, kerana ia akan lebih membantu untuk memberikan
penumpuan dan perhatian.
Dari
Abu Hurairah رضي الله عنه , Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda :
عن
أبي هريرة رضي الله عنه : قال النبي صلى الله عليه وسلم : “ليس منا من لم يتغن
بالقرآن يجهر به”. رواه البخاري
“Bukanlah
sebahagian daripada golongan kami orang yang tidak melagukan Al-Qur’an dan
mengeraskannya”. (Hadis Riwayat Al-Bukhori)
Read more at http://mencariygbenar.blogspot.com/2012/12/sukses-dalam-hidup.html#XCJySfJIbIt5LVfM.99
Ulasan
Catat Ulasan