Arab Saudi taja keganasan
Sisispan dari blog MOUNTDWELLER
Zainal Abidin Nor | melayan nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan
politik mereka, Amerika Syarikat dan Israel.
Dengan memiliki kekayaan
petrol dan gas yang melimpah ruah dan bernilai berbilion dollar itu, Arab Saudi
di bawah pemerintahan Raja Abdullah Abdul Aziz al Saud kini sedang menaja
keganasan dan membiayai aktiviti pengganas di Syria, Iraq dan Mesir serta
beberapa negara Islam yang lain.
Negara monarki bermazhab Wahbi
itu, menyalah guna kekayaan minyak yang dianugerah Allah SWT itu, bagi
melemahkan negara-negara umat Islam yang lain semata-mata kerana mahu melayan
nafsu serakah dan memenuhi kehendak tuan-tuan politik mereka, Amerika Syarikat
dan Israel di samping mahu mengekalkan kedudukan mereka sendiri sebagai
pemerintah diktator.
Negara-negara Islam yang kuat
dipandang sebagai berpotensi untuk mencabar kerajaannya dan juga mengancam
negara Israel yang menjadi sekutunya dan sekaligus mengancam kedudukannya
sebagai kepala pemerintah di negara terbesar pengeluar minyak itu.
Adalah sesuatu yang amat
malang apabila memikirkan kenapa umat Islam begitu mudah diperbodoh dan
dilaga-lagakan sesama sendiri demi untuk memenuhi cita-cita Barat untuk
menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak dan gas itu, melalui Arab
Saudi.
Tiga negara menjadi fokus di
mana Arab Saudi terlibat secara langsung dengan membantu, menaja keganasan dan
membiayai aktiviti pengganas. Negara-negara itu ialah Syria, Iraq dan
Mesir:
Keganasan
di Syria
Penglibatan Arab Saudi di
Syria ialah bertujuan untuk menyekat pengaruh serantau Republik Islam Iran
dengan membiayai para pemberontak dengan tujuan lain untuk menggulingkan
kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Maka dicanangkan mengenai
bahaya Syiah melalui media antarabangsa pada hal Bashar bukanlah penganut mazhab
Syiah tetapi seorang pendokong mazhab Alawi yang terasing dari Ahli Sunnah Wal
Jamaah (Sunni) dan Syiah.
Para pemberontak yang dibiayai
oleh Arab Saudi terdiri daripada golongan Wahbi, Salafi, al-Qaeda, Takfiri dan
puak sekular bagi menentang pasukan tentera Syria dengan tujuan untuk
menjatuhkan kerajaan Bashar.
Tujuan Arab Saudi melakukan
kerja jahat ini ialah untuk membantu Amerika dan sekutunya mendirikan kerajaan
baru di Syria yang boleh menjadi boneka kuasa Barat untuk kepentingan ekonomi
dan geo-politik.
Memandangkan Selat Hormuz dan
Telok Parsi senantiasa dikawal oleh kapal perang Iran maka bumi Syria diperlukan
untuk menanam paip-paip bagi menyalurkan minyak dan gas sehingga ke pesisir
pantai Laut Meditteranean bagi memenuhi pasaran yang luas di
Eropah.
Sekiranya Bashar dapat
digulingkan, Syria akan mendapat presiden baru yang boleh mengikut telunjuk
Barat. Minyak dan gas dari Arab Saudi, Iraq dan Syria sendiri bolehlah diexport
ke Eropah melalui paip yang bakal dibina nanti.
Keganasan
di Iraq
Barat pernah merancang untuk
memecah belah bumi Iraq kepada tiga bahagian – di utara diperintah oleh puak
Kurdis, ditengah oleh Sunni dan di selatan oleh Syiah -
agar menjadi negara-negara yang lebih kecil supaya mudah diperkotak-katik dan boleh mengikut telunjuk Amerika.
agar menjadi negara-negara yang lebih kecil supaya mudah diperkotak-katik dan boleh mengikut telunjuk Amerika.
Bagaimanapun tindakan gila ini
gagal dilaksanakan kuasa Barat ekoran dari sikap para pemimpin Iraq yang tidak
mahu negara mereka berpecah dan berpotensi untuk memungkinkan rakyatnya
bersengketa sesama sendiri, jika pemecahan negara itu terjadi.
Presidennya ialah Jalal
Talabani dari puak Kurdis manakala Perdana Menterinya ialah Nouri al-Maliki,
seorang yang bermazhab Syiah. Tetapi parlimennya dikuasai oleh para pengikut
Syiah.
Namun Arab Saudi yang ingin
menyekat pengaruh Iran dan fahaman Syiah bertindak untuk membiayai para
pengganas untuk melakukan keganasan di Iraq. Keganasan dan pembunuhan rakyat
Iraq terus berlaku sehingga hari ini walaupun Perang Telok sudah lama
tamat.
Bekas Duta Amerika ke Iraq
Christopher Hill berkata, Arab Saudi cuba untuk menggugat kestabilan kerajaan
pimpinan Perdana Menteri Nouri al-Maliki dengan menaja keganasan dengan
mengapi-apikan perbezaan mazhab dan mengeluarkan fatwa bagi menghalalkan
pertumpahan darah orang-orang Islam dari mazhab yang lain.
Dalam tahun 2013 ini sahaja
(dalam tempuh 7-8 bulan), seramai 3,400 orang telah terkorban. Sepanjang bulan
Ramadhan lalu sahaja seramai 800 orang terkorban akibat keganasan yang
dilancarkan oleh al-Qaeda, golongan Takfiri dan pembunuh upahan yang dibiayai
oleh Arab Saudi.
Arab Saudi juga berdepan
masalah dengan Iran di bahagian timur dalam persaingan untuk menguasai Selat
Hormuz dan Telok Parsi, kawasan paling strategik untuk laluan keluar masuk kapal
bagi mengangkut minyak dan gas.
Keganasan
di Mesir
Arab Saudi turut menaja
keganasan di Mesir. Kerajaan monarki berfahaman Wahbi itu telah merancang untuk
menjatuhkan Dr Mohamad Morsi sebagai Presiden Mesir sejak hari pertama lagi
Morsi menjawat jawatan itu. Morsi adalah pemimpin yang mewakili gerakan Islam,
Ikhwanul Muslimin.
Raja Abdullah dipercayai
memberi sumbangan (baca: rasuah) sebanyak US$1 bilion kepada Ketua Tentera
Jeneral Abdel Fattah al-Sisi bagi menjalankan kerja-kerja ‘kotor’ untuk
menggulingkan Morsi yang dilantik secara sah dalam pilihan raya
lalu.
Beliau juga membiayai golongan
Salafi (Wahbi) di Mesir untuk menjadi duri dalam daging dalam gerakan Islam.
Pada zahirnya mereka kelihatan seperti menyokong parti Islam, Ikhwanul Muslimin
tetapi sebenarnya mereka menyokong tentera Mesir.
Kerajaan Morsi yang ingin
meminda perlembagaan negara itu bagi membolehkan pelaksanaan syariat Islam hanya
dapat bertahan selama setahun sahaja kerana digulingkan oleh pasukan tentera
Mesir pada awal Julai lalu.
Sebaik sahaja kerajaan Morsi
tumbang, Arab Saudi telah memberi sumbangan kewangan sebanyak US$5 bilion bagi
membangunkan semula kedudukan ekonomi yang telah lumpuh di samping untuk
membiayai perbelanjaan pasukan tentera.
Kestabilan politik Mesir
merupakan ancaman kepada keselamatan Israel dan kehancuran negara Mesir bermakna
jaminan keselamatan bagi Israel dan Arab Saudi sebagai sekutu rapat
Barat.
Arab Saudi berjaya dalam
misinya mahu melihat Mesir menjadi huru-hara dan ditimpa mala petaka apabila
lebih 124 terkorban dan ribuan rakyat cedera parah Rabu lalu apabila pasukan
keselamatan menyerang dua kem penyokong Morsi dekat Kaherah hingga menyebabkan
pihak berkuasa mengisytihar keadaan darurat selama sebulan.
Ketika berada di Riyadh pada
Jumaat lalu, Raja Abdullah berkata pendirian kerajaannya adalah bersama junta
tentera Mesir apabila berdepan dengan “keganasan”. Beliau menyifatkan rakyat
Mesir dan penyokong Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas.
Kini Mesir berada di ambang
perang saudara. Berita semalam, penyokong Morsi berbalas tembak dengan pasukan
tentera di sebuah masjid. Jumlah mereka yang terkorban meningkat kepada 3,000
orang.
Keganasan
di Bahrain
Di negara pulau Bahrain pada
pertengahan bulan Februari 2011, Arab Saudi melakukan keganasan terhadap rakyat
negara kecil itu dengan menghantar pasukan tenteranya bagi menghancurkan
kebangkitan dan demonstrasi dari puak Syiah.
Bahrain yang mempunyai
penduduk seramai 1.2 juta, majoriti (70%) adalah pengikut Syiah tetapi para
pemimpinnya terdiri daripada mazhab Sunni. Pengikut Syiah bangkit dan
berdemonstrasi terhadap kerajaan mereka kerana sentiasa ditindas dan sering
dianaktirikan dalam pentadbiran awam.
Arab Saudi dengan kerjasama
Qatar menghantar bala tentera menyeberangi tembok laut (causeway) ke Bahrain
bertindak kejam dengan mengebom dan membunuh rakyat negara itu bagi membendung
kebangkitan rakyat Bahrain.
Tindakan ini dipercayai
dilakukan kerana perasaan benci terhadap pengikut Syiah dan pada masa yang sama
mahu menyekat pengaruh Iran di rantau Telok, di samping kedudukan strategik dari
segi geografi negara kerdil itu.
Perdana Menteri Bahrain Sheikh
Khalifa bin Salman Al Khalifa memberi amaran keras kepada para demonstran bahawa
mereka akan dihukum dengan keras jika meneruskan tunjuk perasaan dan
protes.
Pada 7 Ogos lalu, Raja Bahrain
Raja Hamad bin Isa Al Khalifa mengharamkan sebarang bentuk protes di ibu kota
Manama. Anggota-anggota parlimen yang taat kepada Raja mereka meluluskan bil
mengharamkan semua bentuk protes.
Jemaah
Haji
Kita bimbang wang berjumlah
berbilion dollar yang dikutip daripada Jemaah Haji dari seluruh dunia, termasuk
Jemaah Haji daripada Malaysia, digunakan untuk membeli senjata dari Amerika
Syarikat dan Israel digunakan untuk membunuh umat Islam di Syria, Iraq dan Mesir
serta di beberapa negara Islam yang lain.
Sudah ada bukti bahawa senjata
pemusnah seperti bom, senapang, misile, kereta kebal dan seumpamanya buatan
Amerika Syarikat dan Israel digunakan oleh para pemberontak Syria, al Qaeda di
Iraq untuk membunuh umat Islam. Peluru buatan Israel juga dijumpai di
Mesir.
Namun masih ramai yang tidak
menyedari tentang peranan Arab Saudi dalam membantu kuasa Barat, yang diterajui
Amerika dalam membiayai perang saudara di Syria, keganasan di Iraq dan bantuan
kewangan kepada tentera Mesir ini.
Perbezaan di antara mazhab
Sunni dan Syiah hanya dijadikan sebagai alasan untuk memecah-belahkan umat Islam
dan menimbulkan kebencian terhadap pengikut Syiah dalam usaha mereka untuk
mengaut keuntungan dari dunia Islam, di samping mahu menyekat pengaruh Iran di
Timur Tengah dan Afrika Utara.
Di negara ini, pengaruh kuat
Wahbi tidak terkecuali. Para pendakwah dan ustaz yang terpengaruh dengan faham
Wahbi ini bertindak untuk melemparkan berbagai fitnah terhadap Syiah, baik di
masjid dan surau termasuk di tempat-tempat awam. Ada juga golongan ustaz dan
pensyarah universiti di negara ini yang menerima ‘habuan’ (payroll) dari negara
Wahbi itu.
Mereka ini tidak sedar bahawa
dengan menyerang Syiah, bermakna mereka bukan sahaja bersekongkol dengan Arab
Saudi tetapi menjadi ‘barua’ Amerika Syarikat dan Israel serta akhirnya menjadi
musuh umat Islam sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan