Catatan

Beberapa Info Berguna Berkenaan Malam Al-Qadar

Imej
Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT : Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) . Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :- Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 ) Sebuah lagi hadis menyebut :- انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim ) أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره Ertinya : ...

Fadhilat-Fadhilat Sahih Bagi Solat Tarawih

Imej
Disedut dari laman blog lain Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS) Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina ’Ali RA cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya. Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan: 1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan. 2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin. 3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu. 4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran. 5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahya...

Biar Gambar Berbicara !! | Suasana Ketika Sembahyang Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ]

Imej
Sedutan dari blog... Biar Gambar Berbicara [Tangisan Kesedihan Orang Yang Di Zalimi] | Suasana Ketika Solat Jenazah Mujahidin Dan Mujahidah Yang Terbunuh Di Mesir [ Peristiwa Subuh Berdarah ] | Peristiwa berdarah di Mesir mengingatkan kita perjuangan Rasulullah dan para sahabat di masa lampau, setiap kemanisan kemenangan itu mesti dibayar dengan keringat dan darah, semoga ALLAH memberkati dan memberi Syahid yang abadi kepada pejuang di sana. Suasana ketika sanak saudara dan sahabat handai sedang solat Jenazah ORANG YANG MATI SYAHID BERCITA-CITA UNTUK HIDUP SEMULA DAN MATI LAGI KERANA TERLALU LAZAT NIKMATNYA Kanak-kanak Palestin dari kecil mereka merindui Syahid, ketika kanak-kanak kita asyik bermain mainan Game yang melalaikan mereka bermain mainan Jihad dan merindui mati syahid Maksud firman Allah Taala: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (gugur syahid) di jalan Allah itu mati,bahkan mereka hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan me...

Kata-Kata Seorang Gadis Syria Yang Membuatkan Gadis Melayu Berasa Cemburu!

Imej
by Nizarazu on June 22, 2013   Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Assad dan pasukan sekutunya mengebom terus kota-kota penduduk [Sunni] dan wilayah sekitarnya di Syria selama 24 jam tanpa henti. Setelah kota Homs dan Aleppo hancur tanpa sisa, sementara itu kota Al-Qusayr dan Baniyas juga telah dibantai habis, kini pasukan Syiah terus menyerang ke arah kota Damaskus dan sekitarnya. Damaskus adalah kota yang terkenal dengan penduduk-penduduknya yang mempelajari Al-Qur’an dan hadis yang digelar sebagai syurga bagi penuntut ilmu kerana ramainya terdapat para Ulama’ di situ. Sekolah yang terdapat di Damaskus rata-ratanya percuma untuk rakyatnya menuntut pelbagai ilmu Islam. Di situ juga banyak terdapat masjid-masjid dan ramai penduduknya yang berpegang teguh pada ajaran Islam. Berikut adalah kisah yang menggambarkan kemuliaan akhlak penduduk Damaskus, ahlu Syam.   Semasa terdengar letupan di salah sebuah kawasan di Jobar, para pemuda bergegas-gegas menuju ke...

faktor faktor yang membuatkan kita tewas

  Sahabat yang dirahmati Allah, Iman seorang muslim adakala kuat dan adakalanya lemah. Ianya turun naik setiap masa bergantung pada kehidupan dan keadaan seseorang itu. Ketika seseorang ditimpa dengan berbagai masaalah kehidupan dan diuji dengan berbagai musibah maka ketika ini biasanya iman akan menjadi lemah kerana timbul rasa gelisah dan keluh kesah. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Iman itu naik dan turun, maka sentiasa perbaharui iman kamu". Tetapi, kebanyakan daripada kita mentafsirkan hadis tersebut bahawa sekiranya berlaku kelemahan diri kita, kita mengatakan sememangnya iman itu ada masa naik dan ada masa turun. Sepatutnya kita merasakan bahawa sekiranya tahap iman kita rendah kita berusaha untuk meningkatkannya. Tapi kita lupa hal terpenting yang harus kita ambil dari hadis itu, iaitu apakah tindakan selanjutnya apabila mendapati iman kita semakin turun, maka tidak seharusnya kita membiarkannya turun. Kita harus memperbaharui...

Terhapus Amalan

Imej
Sisipan dari Blog Cina Muslim 12 Syaaban 1434 H. [MOD] - Oleh Jarjani Usman ”Aku benar-benar melihat di antara umatku pada hari kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan (HR. Ibnu Majah). Sebahagian insan sangat rajin beribadah dan beramal salih, tetapi sebaliknya juga gemar melakukan dosa bila berkesempatan melakukannya. Cara hidup seperti itulah yang bisa membuat sia-sia amalan, sehingga tak tersisa. Tentang hal ini pernah ditanyakan oleh seorang sahabat yang bernama Tsauban r.a. setelah mendengar pernyataan Rasulullah SAW tentang orang yang amalannya bagaikan kapas yang berterbangan. Ia sangat tidak ingin mengalami hal serupa. Lantas Rasulullah menjawab, “Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya” (HR. Ibnu Majah). Karena...

3 Amal di Bulan Sya'ban

Imej
Bulan Sya'ban merupakan bulan diangkatnya amal manusia kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam : وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِي Di bulan inilah amal perbuatan manusia diangkat kepada Rabb semesta alam. (HR. An-Nasa'i dan Ahmad. "Hasan" menurut Al-Albani) Dengan adanya keutamaan ini, hendaknya seorang Muslim memanfaatkannya dengan amal-amal yang dituntunkan oleh Rasulullah. Berikut ini 3 amal di bulan Sya'ban : 1. Memperbanyak puasa sunnah Amal di bulan Sya'ban yang pertama, yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW adalah memperbanyak puasa sunnah. حَدَّثَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِ...